Hari Arafah adalah hari pemimpin berada di Arafah (wukuf)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عرفة ‌يوم ‌يعرف الإمام، والأضحى يوم يضحي الإمام، والفطر يوم يفطر الإمام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hari Arafah adalah hari pemimpin berada di Arafah (wukuf), hari raya Aid al-Adha adalah hari pemimpin menyembelih binatang korban, dan hari raya Aid al-Fitri adalah hari pemimpin berbuka.

STATUS

Munkar dengan lafaz pemimpin

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 763, hadis nombor 3894. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بالذكر: ((الإمام))) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((عرفة ‌يوم ‌يعرّف الإمام، والأضحى يوم يضحّي الإمام، والفطر يوم يفطر الإمام)).
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، هق، ((الضعيفة)) (6554)]

(Munkar dengan lafaz pemimpin) Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Hari Arafah adalah hari pemimpin berada di Arafah (wukuf), hari raya Aid al-Adha adalah hari pemimpin menyembelih binatang korban, dan hari raya Aid al-Fitri adalah hari pemimpin berbuka.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6554]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.