Allah menurunkan 120 rahmat setiap hari

TEKS BAHASA ARAB

ينزل الله كل يوم عشرين ومائة رحمة ستون منها للطوافين، وأربعون للعاكفين حول البيت، وعشرون منها للناظرين إلى البيت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah menurunkan 120 rahmat setiap hari: 60 daripadanya adalah bagi orang-orang yang mengerjakan tawaf, 40 (rahmat) adalah bagi mereka yang mengerumuni sekeliling Kaabah dan 20 daripadanya adalah bagi orang-orang yang melihat Kaabah.

STATUS

Palsu dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2063, hadis nombor 10364. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا اللفظ)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ينزل الله كل يوم عشرين ومائة رحمة ستون منها للطوافين، وأربعون للعاكفين حول البيت، وعشرون منها للناظرين إلى البيت.
[طب، ((الضعيفة)) (6245)]

(Palsu Dengan Lafaz Ini)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah menurunkan 120 rahmat setiap hari: 60 daripadanya adalah bagi orang-orang yang mengerjakan tawaf, 40 (rahmat) adalah bagi mereka yang mengerumuni sekeliling kaabah dan 20 daripadanya adalah bagi orang-orang yang melihat Kaabah.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6245]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs