Allah akan membangkitkan Hajar al-Aswad dan Rukun al-Yamani pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

يبعث الله الحجر الأسود والركن اليماني يوم القيامة ولهما عينان ولسانان وشفتان، يشهدان لمن استلمهما بالوفاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah akan membangkitkan Hajar al-Aswad dan Rukun al-Yamani pada hari kiamat dalam keadaan mereka berdua ada dua mata, dua lidah dan dua bibir. Kedua-duanya akan memberi kesaksian bagi orang yang menyentuh kedua-duanya dengan ikhlas.

STATUS

Munkar dengan lafaz Rukun al-Yamani

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 764, hadis nombor 3896. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: (الركن اليماني)) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((يبعث الله الحجر الأسود والركن اليماني يوم القيامة ولهما عينان ولسانان وشفتان، يشهدان لمن استلمهما بالوفاء)).
[طب، ((الضعيفة)) (6638)]

(Munkar dengan lafaz ‘Rukun al-Yamani’) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah akan membangkitkan Hajar al-Aswad dan Rukun al-Yamani pada hari kiamat dalam keadaan mereka berdua ada dua mata, dua lidah dan dua bibir. Kedua-duanya akan memberi kesaksian bagi orang yang menyentuh kedua-duanya dengan ikhlas..
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6638]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

CATATAN LAPORAN KESILAPAN

Allah SWT akan membangkitkan Hajar al-Aswad dan Rukun al-Yamani pada hari kiamat dalam keadaan mereka berdua ada dua mata, lidah dan dua bibir. Keduanya akan bersaksi kepada orang yang menyentuh keduanya dengan sempurna.

Telah dikemaskini terjemahannya kepada:

Allah akan membangkitkan Hajar al-Aswad dan Rukun al-Yamani pada hari kiamat dalam keadaan mereka berdua ada dua mata, dua lidah dan dua bibir. Kedua-duanya akan memberi kesaksian bagi orang yang menyentuh kedua-duanya dengan ikhlas.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.