Hampir tiba waktu dimana Allah memenuhkan tangan-tangan kamu dengan orang 'ajam

TEKS BAHASA ARAB

يوشك أن يملأ الله أيديكم من العجم ثم يجعلهم أسدا لا يفرون. فيقتلون مقاتليكم ويأكلون فيئكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hampir tiba waktu Allah memenuhkan tangan-tangan kamu (menjadi penguasa kamu) daripada kalangan ajam (bukan bangsa Arab). Kemudian Allah jadikan mereka berani seperti singa, mereka tidak akan lari (daripada peperangan). Lalu mereka akan membunuh pertahanan hadapan perang kamu dan akan memakan harta perang kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 9, hadis nombor 113. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه البزار (ج / رقم 3364) ، والعقيلي في الضعفاء (2/ 16) من طريق خالد بن يزيد بن مسلم، ثنا البراء بن يزيد الغنوي، ثنا قتادة، عن أنس مرفوعاً به. قال البزار: لا نعلمه يروي عن أنس مرفوعاً إلا من هذا الوجه ولا نعلم رواه عن قتادة إلا البراء وليس به بأس وقد حدث عنه جماعة كثيرة أ. هـ‍.
قلت: بل البراء يزيد الغنوي ضعيف، ضعفه أحمد وابن معين والنسائي وغيرهم، وقال ابن حبان:كان هذا الغنوي كثير الاختلاط، كثير الوهم فيما يرويه. فقول البزار: ليس به بأس, فيه نوع تساهل كما عرف عنه رحمه الله ونبهت عليه في غير موضع. على أن الحافظ نقل عن البزار أنه قال: ليس بالقوي وقد احتمل حديثه وفي هذا النقل فائدة تبين لنا أن من قال فيه البزار: ليس به بأس يعمي في الشواهد والمتابعات. على أن الحديث فيه علة أخرى وهي: خالد بن يزيد بن مسلم.
قال الهيثمي في (لمجمع (7/ 310) : خالد بن يزيد بن مسلم لم أعرفه، وبقية رجاله ثقات.
قلت: كذا قال يرحمه الله وفيه نظر من وجهين:
الأول قوله: خالد بن يزيد بن مسلم، لم أعرفه مع أنه معروف فقد ترجمه العقيلي وقال: الغالب على حديثه الوهم. ونقله عنه الذهبي في الميزان.
الثاني: قوله: وبقية رجاله ثقات. وقد عرفناك أن البراء بن يزيد ضعيف.
وفي الحديث علة ثالثة. قال العقيلي: ليس لهذا الحديث، من حديث قتادة أصل، إنما يروي هذا عن الحسن، عن سمرة.
وهذا الذي أشار إليه العقيلي: أخرجه أحمد (5/17، 21، 22) ، والبزار (ج 4/ رقم 3366) ، والطبراني في الكبير (ج 7/ رقم 6921) والعقيلي (2/ 16) وأبو نعيم في الحلية (3/24- 25) والإسماعيلي في معجمه (ج1/ ق43/ 2- ق 44/ 1) من طرق عن حماد بن سلمة، عن يونس بن يزيد، عن الحسن، عن سمرة بن جندب مرفوعاً به.
قال البزار: لا نعلمه يروي عن سمرة إلا من هذا الوحه، ولا نعلم رواه عن يونس إلا حماد. وقال أبو نعيم: غريب من حديث يونس، تفرد به حماد.
قلت: لم يتفرد به حماد كما قالا، بل تابعه هشيم بن بشير عن يونس به. أخرجه أحمد (5/11، 22) . قال الهيثمي (7/310) : رجاله رجال الصحيح.
قلت: وليس يعني هذا الحكم أن السند صحيح كما لا يخفى بل السند ضعيف لأجل عنعنة الحسن البصري، فقد كان مدلساً. وله شاهد من حديث حذيفة بن اليمان رضي الله عنه.
أخرجه البزار (ج 4/رقم 3365) ، والحاكم (4/ 519) من طريق محمد بن يزيد بن سنان، عن أبيه، ثنا سليمان الأعمش، عن شقيق، عن حذيفة مرفوعاً فذكره.
قال البزار: لا نعلمه يروي عن حذيفة إلا بهذا الإسناد، ولا رواه عن الأعمش إلا يزيد. أما الحاكم فقال: صحيح الإسناد، ولم يخرجاه فتعقبه الذهبي بقوله: بل محمد واه كأبيه. وقال الهيثمي (7/ 311) : فيه يزيد بن سنان وهو متروك.
فاقتصر على إعلاله بالأب دون الولد . وشاهد آخر من حديث عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما. أخرجه الطبراني في الكبير و الأوسط كما في المجمع (7/ 310) والبزار (ج 4/ رقم 3363) من طريق عبد الله بن عبد القدوس، عن يونس بن خباب، ومن طريق أبي يحيى التميمي، عن ليث، كلاهما عن مجاهد، عن عبد الله بن عمرو مرفوعاً به.
قال البزار: لا نعلمه عن عبد الله بن عمرو مرفوعاً إلا بهذا الإسناد.
وقال الهيثمي: فيه عبد الله بن عبد القدوس وثقه ابن حبان وضعفه جماعة. ويونس بن خباب ضعيف جداً.
قلت: كلاهما متابع ولكن المتابعة شديدة الضعف. فأما أبو يحيى التميمي فإنه متروك الحديث. وليث بن أبي سليم ضعيف. والله أعلم.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Bazzar (juz/ hadith : 3364), al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (2/16) melalui sanad Khalid bin Yazid bin Muslim, katanya al-Bara’ bin Yazid al-Ghanawi telah menceritakan kepada kami, katanya Qatadah telah menceritakan kepada kami daripada Anas secara marfu’ hadith tersebut. Al-Bazzar berkata: "Tidak kami ketahui ada yang meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ melainkan melalui sanad ini. Kami juga tidak mengetahui ada yang meriwayatkannya daripada Qatadah kecuali al-Barra’, beliau tidak ada masalah. Sekumpulan perawi yang ramai telah meriwayatkan daripada al-Bara’".
Saya berkata: Bahkan, al-Bara’ bin Yazid al-Ghanawi seorang yang dha’if. Beliau telah dinilai dha’if oleh Ahmad, Ibn Ma’in, al-Nasa’ei dan lain-lain. Ibn Hibban berkata: "al-Ghanawi ini banyak bercampurbaur (hadith beliau), banyak kekeliruan dalam hadith yang beliau riwayatkan". Oleh itu, kata-kata al-Bazzar: "Beliau tidak ada masalah", termasuk jenis bermudah-mudah beliau sebagaimana yang telah diketahui tentang beliau RH dan telah saya peringatkan pada beberapa tempat. Pun begitu, al-Hafiz telah menukilkan daripada al-Bazzar bahawa beliau berkata: "Beliau (al-Ghanawi) tidak kuat, hadithnya masih ada kemungkinan (untuk tersilap)". Dalam nukilan ini menunjukkan kepada kita bahawa perawi yang disebutkan oleh al-Bazzar sebagai "Beliau tidak ada masalah", maksudnya dalam bab sokongan dan penguat. Begitu pun, hadith tersebut terdapat kecacatan yang lain, iaitu Khalid bin Yazid bin Muslim. Al-Haythami berkata dalam al-Majma’ (7/310): "Khalid bin Yaziid bin Muslim, saya tidak mengenali beliau. Manakala para perawi lain adalah perawi-perawi thiqah".
Saya berkata: Begitulah kata beliau RH. Dalam kenyataan beliau itu ada dua perkara yang boleh dipertikaikan:
Pertama: "Khalid bin Yazid bin Muslim, saya tidak mengenali beliau", sedangkan beliau seorang yang dikenali. Al-‘Uqaili membuat biografi Khalid, seraya berkata: "Kebanyakan hadith beliau ada kekeliruan". Al-Zahabi telah menukilkannya daripada al-‘Uqaili dalam al-Mizan.
Kedua: Kata al-Haythami: "Manakala para perawi lain adalah perawi-perawi thiqah", sedangkan telah kami beritahu kepada anda bahawa al-Bara’ bin Yazid seorang yang dha’if.
Dalam hadith tersebut terdapat kecacatan yang ketiga. Al-‘Uqaili berkata: "Hadith ini tidak ada asalnya daripada hadith qatadah. Hadith ini sebenarnya diriwayatkan daripada al-Hasan daripada Samurah". Inilah yang telah diisyaratkan oleh al-‘Uqaili: Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ahmad (5/17, 21, 22), al-Bazzar (juz 4/hadith : 3366), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 7/hadith : 6921), al-‘Uqaili (2/16), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (3/24-25) dan al-Isma’ili dalam Mu’jam beliau (juz 1/hlm. 43/ 2- hlm. 44/1) melalui sanad daripada Hammad bin Salamah daripada Yunus bin Yazid daripada al-Hasan daripada Samurah bin Jundub secara marfu’ hadith tersebut. Al-Bazzar berkata: "Tidak kami ketahuinya daripada Samurah melainkan melalui sanad ini dan tidak kami ketahui yang meriwayatkannya daripada Yunus selain Hammad". Abu Nu’aim berkata: "Gharib melalui hadith Yunus, Hammad bersendirian meriwayatkannya".
Saya berkata: Hammad tidak bersendirian meriwayatkannya seperti yang mereka berdua (al-Bazzar dan Abu Nu’aim) katakan, bahkan beliau telah disokong oleh Hushaym bin Bashir daripada Yunus dengan sanadnya. Ianya telah dikeluarkan oleh Ahmad (5/22, 11). Al-Haythami berkata: "Para perawinya adalah perawi-perawi sahih".
Saya berkata: Ini tidak bermaksud status sanad tersebut adalah sahih sebagaimana yang diketahui, bahkan sanad tersebut adalah dha’if disebabkan al-Hasan al-Basri meriwayatkan secara ‘an’anah, beliau seorang mudallis. Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Huzaifah bin al-Yaman r.a. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Bazzar (juz 4/3365) dan al-Hakim (4/519) melalui sanad Muhammad bin Yazid bin Sinan daripada ayahnya, katanya Sulayman al-A’mash telah menceritakan kepada kami daripada Shaqiq daripada Huzaifah secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith itu.
Al-Bazzar berkata: "Tidak kami ketahui ada yang meriwayatkan daripada Huzaifah selain melalui sanad ini dan tidak ada yang meriwayatkannya daripada al-A’mash selain Yazid". Manakala al-Hakim pula berkata: "Sanadnya sahih, namun al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya". Al-Zahabi telah memberikan komentar terhadap al-Hakim, kata beliau: "Bahkan, Muhammad seorang wahin (terlalu dha’if) seperti ayahnya". Al-Haythami (7/311) berkata: "Dalam sanadnya terdapat Yazid bin Sinan, beliau seorang yang Matruk". Beliau sekadar menyatakan kecacatan hadith tersebut terhadap ayah tanpa menyebutkan anaknya. Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Abd Allah bin ‘Amr r.a. Ianya juga telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Awsat – sebagaimana dalam al-Majma’ (7/310) – dan al-Bazzar (juz 4/hadith nombor 3363) melalui sanad Abd Allah bin ‘Abd al-Quddus daripada Yunus bin Khabbab dan daripada sanad Abu Yahya al-Tamimi daripada Laith, kedua mereka meriwayatkannya daripada Mujahid daripada Abd Allah bin ‘Amr secara marfu’ hadith tersebut.
Al-Bazzar mengulas lagi : "Tidak kami ketahui hadith tersebut daripada Abd Allah bin ‘Amr secara marfu’ melainkan dengan sanad ini". Al-Haythami berkata: "Dalam sanadnya terdapat Abd Allah bin ‘Abd al-Quddus, beliau telah dinilai thiqah oleh Ibn Hibban dan dinilai dha’if oleh sekumpulan ulama. Yunus bin Khabbab pula seorang yang dha’if jiddan".
Saya berkata: Kedua mereka (Abd Allah bin ‘Abd al-Quddus dan Yunus bin Khabbab) ada yang menyokong (riwayat mereka) Namun, sokongan tersebut terlalu dha’if. Abu Yahya al-Tamimi seorang yang ditinggalkan hadithnya. Manakala, Laith bin Abi Salim seorang yang dha’if. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs