TEKS BAHASA ARAB
أحاديث فضل صوم رجب والصلاة فيه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadis-hadis tentang fadilat berpuasa pada bulan Rejab dan solat pada bulan tersebut.
STATUS
Dusta
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 78, hadis nombor 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومنها: أحاديث فضل صوم رجب والصلاة فيه. قال ابن تيمية: كلها كذب باتفاق أهل العلم.
Antaranya (hadis palsu) lagi, hadis-hadis tentang fadilat berpuasa pada bulan Rejab dan solat pada bulan tersebut. Ibnu Taimiyyah berkata: Kesemua hadis tersebut adalah dusta secara sepakat ahli ilmu.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.