TEKS BAHASA ARAB
لا غيبة لفاسق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiada ghibah (mengumpat) untuk orang fasiq.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 110, hadis nombor 110. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لَهُ طُرُقٌ كَثِيرَةٌ. وَقَالَ أَحْمَدُ: مُنْكَرٌ. وَالْخَطِيبُ وَالْحَاكِمُ: بَاطِلٌ.
Hadis ini mempunyai jalan yang banyak. Imam Ahmad telah berkata: Hadis ini adalah munkar (terlalu dha’if). Khatib al-Baghdadi dan al-Hakim mengatakan bahawa sesungguhnya hadis ini adalah batil.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.