TEKS BAHASA ARAB
لا تكرهوا الفتن، فإن فيها حصاد المنافقين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah mencela fitnah kerana sesungguhnya celaan kepada fitnah itu merupakan tuaian golongan munafik.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 109, hadis nombor 109. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أَنْكَرَهُ ابْنُ حَجَرٍ، وَقَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: لَيْسَ هُوَ بِمَعْرُوفٍ. وَسُئِلَ عَنْهُ ابْنُ وَهْبٍ، فَقَالَ إِنَّهُ بَاطِلٌ.
Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah mengingkari hadis ini. Ibnu Taimiyyah telah berkata: Hadis ini tidak menjadi ma’ruf atau pun dikenali, Dan ditanya daripada Ibnu Wahab, lalu dia berkata: Sesungguhnya hadis ini adalah batil.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.