Hadis berkenaan tiada ghibah (mengumpat) bagi mereka yang tidak ada perasaan malu (untuk melakukan dosa)

TEKS BAHASA ARAB

من ألقى جلباب الحياء فلا غيبة له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang tidak ada rasa malu (untuk melakukan dosa), maka tidak ada ghibah yang dilarang baginya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 110, hadis nombor 111. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَقَالَ: فِي إِسْنَاده ضَعِيف.

Imam al-Baihaqi telah berkata bahawa sesungguhnya sanad hadis ini adalah dha’if.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.