Golongan yang paling berhak menerima kebaikan daripada orang lain

TEKS BAHASA ARAB

جئتم تسألوني عن الصنيعة لمن تحق؟ لا تنبغي الصنيعة إلا لذي حسب أودين، وجئتم تسألوني عن الرزق وما يجلبه على العبد؟ فاستجلبوه واستنزلوه بالصدقة، وجئتم تسألوني عن جهاد الضعفاء؟ فإن جهاد الضعفاء الحج والعمرة، وجئتم تسألوني عن جهاد النساء؟ وإن جهاد المرأة حسن التبعل، وجئتم تسألوني عن الرزق؟ ومن يأتي؟ وكيف يأتي؟ أبى الله أن يرزق عبده المؤمن إلا من حيث لا يعلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pertama, kamu datang untuk bertanya kepadaku tentang kepada siapakah yang berhak untuk kita berbuat baik? Tidak dituntut berbuat baik melainkan kepada yang mempunyai kedudukan ataupun yang beragama. Dan kedua, kamu datang untuk bertanya kepadaku tentang rezeki dan apa yang boleh mendatangkan rezeki kepada seseorang hamba? Datangkanlah dan turunkanlah rezeki itu dengan bersedekah. Ketiga, kamu juga datang untuk bertanya kepadaku tentang jihad bagi golongan yang lemah? Sesungguhnya jihad bagi golongan yang lemah itu adalah haji dan juga umrah. Keempat, kamu datang untuk bertanya kepadaku tentang jihad bagi orang perempuan? Jihad orang perempuan adalah menjadi seorang perempuan yang taat kepada suaminya. Kelima, kamu juga datang untuk bertanya kepadaku tentang rezeki, daripada mana ia datang dan bagaimana ia datang? Allah tidak memberi rezeki kepada hamba-Nya kecuali dalam keadaan dia tidak mengetahuinya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 22, hadis nombor 60. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الحسين بن علي – رضي الله عنهما-، قال: احتج أبو بكر وعمر وأبو عبيدة بن الجراح، فتماروا في شيء، فقال لهم علي: انطلقوا إلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، فلما وقفوا على رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، قال: جئنا يا رسول الله نسألك عن شيء، فقال: إن شئتم فاسألوا، وإن شئتم أخبرتكم بما جئتم له، قالوا: أخبرنا، قال: ((جئتم تسألوني عن الصنيعة لمن تحق؟ لا تنبغي الصنيعة إلا لذي حسب أودين، وجئتم تسألوني عن الرزق وما يجلبه على العبد؟ فاستجلبوه واستنزلوه بالصدقة، وجئتم تسألوني عن جهاد الضعفاء؟ فإن جهاد الضعفاء الحج والعمرة، وجئتم تسألوني عن جهاد النساء؟ وإن جهاد المرأة حسن التبعل، وجئتم تسألوني عن الرزق؟ ومن يأتي؟ وكيف يأتي؟ أبى الله أن يرزق عبده المؤمن إلا من حيث لا يعلم)).
[ابن الأعرابي، ((الضعيفة)) (1490)]

(Munkar) Daripada Husain bin ‘Ali RA beliau berkata: Abu Bakr, Umar, dan Abu ‘Ubaidah al-Jarrah berbincang lalu mereka berdebat tentang suatu perkara. Lalu ‘Ali berkata kepada mereka: Pergilah kamu kepada Rasulullah SAW. Ketika mereka berdiri di hadapan Rasulullah SAW mereka berkata: "Kami datang kepada kamu wahai Rasulullah ingin bertanyakan sesuatu". Lalu Baginda bersabda: "Sekiranya kamu mahu, maka bertanyalah! Dan sekiranya kamu mahu aku akan memberitahu kepada kamu perkara yang kamu datang disebabkannya". Lalu mereka berkata: "Beritahulah kepada kami". Baginda bersabda: Pertama, kamu datang untuk bertanya kepadaku tentang kepada siapakah yang berhak untuk kita berbuat baik? Tidak dituntut berbuat baik melainkan kepada yang mempunyai kedudukan ataupun yang beragama. Dan kedua, kamu datang untuk bertanya kepadaku tentang rezeki dan apa yang boleh mendatangkan rezeki kepada seseorang hamba? Datangkanlah dan turunkanlah rezeki itu dengan bersedekah. Ketiga, kamu juga datang untuk bertanya kepadaku tentang jihad bagi golongan yang lemah? Sesungguhnya jihad bagi golongan yang lemah itu adalah haji dan juga umrah. Keempat, kamu datang untuk bertanya kepadaku tentang jihad bagi orang perempuan? Jihad orang perempuan adalah menjadi seorang perempuan yang taat kepada suaminya. Kelima, kamu juga datang untuk bertanya kepadaku tentang rezeki, daripada mana ia datang dan bagaimana ia datang? Allah tidak memberi rezeki kepada hamba-Nya kecuali dalam keadaan dia tidak mengetahuinya.
[Riwayat Ibn al-A’rabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1490]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs