TEKS BAHASA ARAB
لكل أمر مفتاح، ومفتاح الجنة حب المساكين والفقراء، وهم جلساء الله يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bagi setiap perkara itu ada kuncinya dan kunci bagi syurga adalah mencintai golongan miskin dan golongan fakir. Mereka adalah golongan yang mempunyai kedudukan di sisi Allah pada hari kiamat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 22, hadis nombor 61. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((لكل أمر مفتاح، ومفتاح الجنة حب المساكين والفقراء، وهم جلساء الله يوم القيامة)).
[عد، ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي في ((الموضوعات))، ((الضعيفة)) (1394)]
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bagi setiap perkara itu ada kuncinya dan kunci bagi syurga adalah mencintai golongan miskin dan golongan fakir. Mereka adalah golongan yang mempunyai kedudukan di sisi Allah pada hari kiamat.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu’at. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1394]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.