Golongan yang main-main dengan larangan-larangan Allah SWT

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما بال أقوام يلعبون بحدود الله، يقول أحدهم: قد طلقتك، قد راجعتك، قد طلقتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apalah yang berada dibenak pemikiran kaum yang main-main dengan larangan-larangan Allah SWT, dengan berkata; "Aku ceraikan engkau, aku merujuk engkau kembali, aku ceraikan engkau semula”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 943, hadis nombor 4863. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي موسى – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما بال أقوام يلعبون بحدود الله، يقول أحدهم: قد طلقتك، قد راجعتك، قد طلقتك)).
[هــ، حب، هق، الطحاوي في ((المشكل))، الطيالسي، ((الضعيفة)) (4431)].

(Lemah)
Daripada Abu Musa RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apalah yang berada dibenak pemikiran kaum yang main-main dengan larangan-larangan Allah SWT, dengan berkata; "Aku ceraikan engkau, aku merujuk engkau kembali, aku ceraikan engkau semula”.
[Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan, Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubrā, al-Tohawi dalam al-Musykil, al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4431].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.