Fitnah wanita di dunia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما أصبنا من دنياكم إلا النساء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah kita ditimpa ujian dalam urusan dunia kamu melainkan finah (ujian) daripada kaum wanita.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 943, hadis nombor 4862. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر- رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -:((ما أصبنا من دنياكم إلا النساء)).
[طب، ((الضعيفة)) (4423)].

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah kita ditimpa ujian dalam urusan dunia kamu melainkan finah (ujian) daripada kaum wanita.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4423].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.