Antara kebahagiaan seorang wanita adalah anak pertamanya seorang perempuan

TEKS BAHASA ARAB

من يمن المرأة أن يكون بكرها جارية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Antara kebahagiaan seorang wanita adalah anak pertamanya seorang perempuan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 944, hadis nombor 4864. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من يمن المرأة أن يكون بكرها جارية)).
[عد، ((الضعيفة)) (4136)].

(Palsu)
Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Antara kebahagiaan seorang wanita adalah anak pertamanya seorang perempuan.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4136].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.