Di akhir zaman, serigala yang berupa para qurra’ (pembaca al-Quran)

TEKS BAHASA ARAB

‌‌سيكون في آخر الزمان ذئبان القراء، فمن أدرك ذلك الزمان؛ فليتعوذ بالله من شرهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Di akhir zaman, serigala yang berupa para qurra’ (pembaca al-Quran). Oleh itu, sesiapa yang hidup pada zaman tersebut, hendaklah dia meminta perlindungan kepada Allah daripada kejahatan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1332, hadis nombor 6807. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌‌(ضعيف)
عن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه مرفوعا: سيكون في آخر الزمان ذئبان القراء، فمن أدرك ذلك الزمان؛ فليتعوذ بالله من شرهم.
[حل، ((الضعيفة)) (3721)]

(Lemah)
Daripada Abu ‘Umamah al-Bahili RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Di akhir zaman, serigala yang berupa para qurra’ (pembaca al-Quran). Oleh itu, sesiapa yang hidup pada zaman tersebut, hendaklah dia meminta perlindungan kepada Allah daripada kejahatan mereka.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Ḥilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah,no. 3721]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs