Pemimpin umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW

TEKS BAHASA ARAB

سيكون من بعدي خلفاء، ومن بعد الخلفاء أمراء، ومن بعد الأمراء ملوك، ومن بعد الملوك جبابرة، ثم يخرج رجل من أهل بيتي؛ يملأ الأرض عدلاً كما ملئت جوراً، ثم يؤمر القحطاني، فوالذي بعثني بالحق! ما هو دونه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang selepas kewafatanku para khalifah, selepas para khalifah ini akan digantikan dengan para pemerintah, selepas para pemerintah digantikan dengan para raja, dan selepas para raja pula adalah orang-orang zalim yang memerintah. Kemudian akan muncul seorang lelaki dalam kalangan ahli baitku, dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana kezaliman memenuhi bumi ketika itu. Kemudian dijadikan al-Qahtani sebagai pemimpin. Demi Tuhan Yang Maha Berkuasa yang telah mengutusku dengan kebenaran! Tidaklah dia (al-Qahtani) lebih rendah darjat berbanding dia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1332, hadis nombor 6808. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر بن ماجد رضي الله عنه مرفوعا: سيكون من بعدي خلفاء، ومن بعد الخلفاء أمراء، ومن بعد الأمراء ملوك، ومن بعد الملوك جبابرة، ثم يخرج رجل من أهل بيتي؛ يملأ الأرض عدلاً كما ملئت جوراً، ثم يؤمر القحطاني، فوالذي بعثني بالحق! ما هو دونه.
[ابن منده، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3722)]

(Lemah)
Daripada Jabir bin Majid RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan datang selepas kewafatanku para khalifah, selepas para khalifah ini akan digantikan dengan para pemerintah, selepas para pemerintah digantikan dengan para raja, dan selepas para raja pula adalah orang-orang zalim yang memerintah. Kemudian akan muncul seorang lelaki dalam kalangan ahli baitku, dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana kezaliman memenuhi bumi ketika itu. Kemudian dijadikan al-Qahtani sebagai pemimpin. Demi Tuhan Yang Maha Berkuasa yang telah mengutusku dengan kebenaran! Tidaklah dia (al-Qahtani) lebih rendah darjat berbanding dia.
[Riwayat Ibn Mandah, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3722]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.