Fitnah-fitnah (bencana) yang berleluasa selepas kewafatan Rasulullah SAW

TEKS BAHASA ARAB

سيكون بعدي سلاطين، الفتن على أبوابهم كمبارك الإبل، لا يعطون أحداً شيئاً إلا أخذوا من دينه مثله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Selepas kewafatanku akan muncul beberapa pemerintah, fitnah-fitnah (bencana) berada di pintu-pintu mereka seperti tempat duduknya unta. Mereka tidak menawarkan sesuatu (bantuan) kepada seseorang melainkan mereka mengambil daripada agamanya setimpal dengan apa yang ditawarkan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1332, hadis nombor 6806. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عبدالله بن الحارث بن جزء رضي الله عنه مرفوعا: سيكون بعدي سلاطين، الفتن على أبوابهم كمبارك الإبل، لا يعطون أحداً شيئاً إلا أخذوا من دينه مثله.
[ك، ((الضعيفة)) (3720)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin al-Harith bin Juz RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Selepas kewafatanku akan muncul beberapa pemerintah, fitnah-fitnah (bencana) berada di pintu-pintu mereka seperti tempat duduknya unta. Mereka tidak menawarkan sesuatu (bantuan) kepada seseorang melainkan mereka mengambil daripada agamanya setimpal dengan apa yang ditawarkan.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3720]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs