Demi jiwaku yang di tangan-Nya! Kalau bukan kerana (takut) sekelompok dari umatku berkata padamu (memujamu)

TEKS BAHASA ARAB

والذي نفسي بيده! لولا أن يقول فيك طوائف من أمتي ما قالت النصارى في عیسی ابن مریم؛ لقلت فيك اليوم مقالا، لا تمر بأحد من المسلمين إلا أخذ التراب من أثر قدميك؛ يطلبون به البركة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi jiwaku yang di tangan-Nya! Kalau bukan kerana (takut) sekelompok dari umatku berkata padamu (memujamu) sebagaimana yang dikatakan orang Nasrani kepada Nabi Isa ibn Maryam, sudah tentu hari ini aku akan berkata tentangmu suatu ucapan; tidaklah engkau berjalan di depan salah seorang dari kaum muslimin melainkan dia akan mengambil pasir daripada kesan kedua tapak kakimu, mereka mengharapkan dengannya keberkatan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 527, hadis nombor 2796. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «والذي نفسي بيده! لولا أن يقول فيك طوائف من أمتي ما قالت النصارى في عیسی ابن مریم؛ لقلت فيك اليوم مقالا، لا تمر بأحد من المسلمين إلا أخذ التراب من أثر قدميك؛ يطلبون به البركة».
[طب، «الضعيفة»، (5592)].

(Palsu) Daripada Ali bin Abi Talib RA, beliau berkata: Rasulullah saw bersabda: Demi jiwaku yang di tangan-Nya! Kalau bukan kerana (takut) sekelompok dari umatku berkata padamu (memujamu) sebagaimana yang dikatakan orang Nasrani kepada Nabi Isa ibn Maryam, sudah tentu hari ini aku akan berkata tentangmu suatu ucapan; tidaklah engkau berjalan di depan salah seorang dari kaum muslimin melainkan dia akan mengambil pasir daripada kesan kedua tapak kakimu, mereka mengharapkan dengannya keberkatan.
[Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5592]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs