Kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa

TEKS BAHASA ARAB

{وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا}. أما {مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰت}؛ فالملائكة، وأما من في {ٱلۡأَرۡضِ}؛ فمن ولد على الإسلام، وأما {کرها}؛ فمن أتي به من سبايا الأمم في السلاسل والأغلال؛ يقادون إلى الجنة وهم کارهون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

{Kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa}. Adapun {Makhluk yang ada di langit} iaitu para malaikat. Dan mereka yang berada {dan di Bumi} iaitu mereka yang lahir dalam keadaan Islam. Dan adapun {Terpaksa} iaitu mereka yang dihadirkan dengannya hamba-hamba umat terdahulu yang dipasung di leher mereka dengan belenggu dan rantai. Mereka ditarik ke syurga dalam keadaan mereka terpaksa.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 527, hadis nombor 2797. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: {وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا}. أما {مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰت}؛ فالملائكة، وأما من في {ٱلۡأَرۡضِ}؛ فمن ولد على الإسلام، وأما {کرها}؛ فمن أتي به من سبايا الأمم في السلاسل والأغلال؛ يقادون إلى الجنة وهم کارهون».
[طب، «الضعيفة» (5603)].

(Palsu) Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda (dengan firman Allah): {Kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa}. Adapun {Makhluk yang ada di langit} iaitu para malaikat. Dan mereka yang berada {dan di Bumi} iaitu mereka yang lahir dalam keadaan Islam. Dan adapun {Terpaksa} iaitu mereka yang dihadirkan dengannya hamba-hamba umat terdahulu yang dipasung di leher mereka dengan belenggu dan rantai. Mereka ditarik ke syurga dalam keadaan mereka terpaksa.
[Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5603]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.