Demi jiwa Muhammad yang di tangan-Nya! Kelak, segolongan daripada kalian akan dibangkitkan pada hari kiamat menuju ke syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

والذي نفس محمد بيده! ليبعثن منكم يوم القيامة إلى الجنة مثل الليل الأسود زمرة جميعا، يخبطون الأرض، تقول الملائكة: لما جاء مع محمد أكثر مما جاء مع الأنبياء!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi jiwa Muhammad yang di tangan-Nya! Kelak, segolongan daripada kalian akan dibangkitkan pada hari kiamat menuju ke syurga umpama kegelapan malam yang datang bersama. Mereka berjalan di atas bumi, (dan) malaikat berkata: “Telah datang bersama Nabi Muhammad SAW (sekumpulan manusia) yang lebih ramai berbanding yang datang bersama dengan para nabi (yang lain)”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 527, hadis nombor 2795. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن أبي مالك الأشعري -رضي الله عنه – ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «والذي نفس محمد بيده! ليبعثن منكم يوم القيامة إلى الجنة مثل الليل الأسود زمرة جميعا، يخبطون الأرض، تقول الملائكة: لما جاء مع محمد أكثر مما جاء مع الأنبياء!».
[طب، وفي «مسند الشاميين»، «الضعيفة» (5612)].

(Lemah) Daripada Abu Malik al-‘Asy’ari RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Demi jiwa Muhammad yang di tangan-Nya! Kelak, segolongan daripada kalian akan dibangkitkan pada hari kiamat menuju ke syurga umpama kegelapan malam yang datang bersama. Mereka berjalan di atas bumi, (dan) malaikat berkata: “Telah datang bersama Nabi Muhammad SAW (sekumpulan manusia) yang lebih ramai berbanding yang datang bersama dengan para nabi (yang lain)”.
[Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir dan Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5612]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.