Cukuplah kekurangan pada diri seseorang dari segi agama apabila banyak dosa-dosanya

TEKS BAHASA ARAB

كفى بالمرء نقصا في دينه أن يكثر خطاياه، وينقص حلمه، ويقل حقيقته، جيفة بالليل، بطال بالنهار، كسول هلوع، منوع رتوع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cukuplah kekurangan pada diri seseorang dari segi agama apabila banyak dosa-dosanya; kurang sifat lemah lembut, kurang kebenaran (dalam perbuatan), bangkai (tidur mati) pada waktu malam, berani pada waktu siang, malas lagi berkeluh kesah, serta menghalang pemberian rezeki yang diberikan kepadanya: Kedekut (namun) dia hidup mewah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2024, hadis nombor 10176. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الحكم بن عمير صاحب رسول الله ﷺ قال: قال رسول الله ﷺ: كفى بالمرء نقصا في دينه أن يكثر خطاياه، وينقص حلمه، ويقل حقيقته، جيفة بالليل، بطال بالنهار، كسول هلوع، منوع رتوع.
[حل، ((الضعيفة)) (4094)]

(Lemah)
Daripada al-Hakim bin Amir, sahabat Rasulullah SAW berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Cukuplah kekurangan pada diri seseorang dari segi agama apabila banyak dosa-dosanya; kurang sifat lemah lembut, kurang kebenaran (dalam perbuatan), bangkai (tidur mati) pada waktu malam, berani pada waktu siang, malas lagi berkeluh kesah, serta menghalang pemberian rezeki yang diberikan kepadanya: Kedekut (namun) dia hidup mewah.

[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4094]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs