Cukuplah bagi kamu dosa apabila kamu masih bermusuh

TEKS BAHASA ARAB

كفى بك إثما أن لا تزال مخاصما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cukuplah bagi kamu dosa apabila kamu masih bermusuh (antara satu sama lain).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2024, hadis nombor 10175. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – رفعه: كفى بك إثما أن لا تزال مخاصما.
[ت، هب، طب، ((الضعيفة)) (4096)]

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau menyandarkan Nabi SAW: Cukuplah bagi kamu dosa apabila kamu masih bermusuh (antara satu sama lain).
[Riwayat Sunan al-Tirmidzi, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4096]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs