Jauhkanlah diri daripada golongan yang menyebut Lailahaillallah (tiada tuhan melainkan Allah)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كفوا عن أهل لا إله إلا الله، لا تكفروهم بذنب، فمن أكفر أهل لا إله إلا الله، فهو إلى الكفر أقرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jauhkanlah diri daripada golongan yang menyebut Lailahaillallah (tiada tuhan melainkan Allah), dan jangan pula kamu menjadikan mereka ini kafir kerana dosa yang mereka lakukan, sesiapa yang mengatakan golongan ini kafir yakni golongan yang menyebut Lailahaillallah, maka sebenarnya dia itulah yang dekat dengan kekafiran.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2024, hadis nombor 10177. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: كفوا عن أهل لا إله إلا الله، لا تكفروهم بذنب، فمن أكفر أهل لا إله إلا الله، فهو إلى الكفر أقرب.
[طب، ((الضعيفة)) (4097)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jauhkanlah diri daripada golongan yang menyebut Lailahaillallah (tiada tuhan melainkan Allah), dan jangan pula kamu menjadikan mereka ini kafir kerana dosa yang mereka lakukan, sesiapa yang mengatakan golongan ini kafir yakni golongan yang menyebut Lailahaillallah, maka sebenarnya dia itulah yang dekat dengan kekafiran.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4097]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.