Celakalah tempat mandi terbuka

TEKS BAHASA ARAB

أف للحمام! حجاب لا يستر، وماء لا يطهر لا يحل لرجل أن يدخله إلا بمنديل، مروا المسلمين لا يفتنون نساءهم، الرجال قوامون على النساء، علموهن ومروهن بالتسبيح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Celakalah tempat mandi terbuka di mana halangan yang tidak ditutup dan airnya tidak bersih. Tidak dihalalkan seorang lelaki memasukinya kecuali dengan mengenakan kain. Suruhlah kaum muslimin menahan isteri-isteri mereka (dari mengunjungi tempat itu) supaya isteri-isteri mereka tidak terfitnah. Lelaki ialah pemimpin kaum wanita. Ajarilah mereka dan suruhlah mereka bertasbih.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1950, hadis nombor 9763. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله ﷺ: أُفٍّ لِلْحَمَّامِ حِجَابٌ لَا يَسْتُرُ، وَمَاءٌ لَا يُطَهِّرُ … لَا يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يَدْخُلَهُ إِلَّا بِمِنْدِيلٍ، مُرُوا الْمُسْلِمِينَ لَا يَفْتِنُونَ نِسَاءَهُمْ، الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ، عَلِّمُوهُنَّ وَمُرُوهُنَّ بِالتَّسْبِيحِ.
[هب، ((الضعيفة)) (7038)]

(Lemah)
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Celakalah tempat mandi terbuka di mana halangan yang tidak ditutup dan airnya tidak bersih. Tidak dihalalkan seorang lelaki memasukinya kecuali dengan mengenakan kain. Suruhlah kaum muslimin menahan isteri-isteri mereka (dari mengunjungi tempat itu) supaya isteri-isteri mereka tidak terfitnah. Lelaki ialah pemimpin kaum wanita. Ajarilah mereka dan suruhlah mereka bertasbih.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Sya‘b al-Iman. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no.7038]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.