Tenang wahai bapa saudara!

TEKS BAHASA ARAB

اطمئن يا عم! فإنك خاتم المهاجرين في الهجرة؛ كما أني خاتم النبيين في النبوة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tenang wahai bapa saudara! Kamu adalah penutup golongan muhajirin seperti mana aku adalah penutup para Nabi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1949, hadis nombor 9762. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال: لما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم من بدر ومعه عمه العباس قال له: يا رسول الله لو أذنت لي فخرجت إلى مكة فهاجرت منها – أو قال: فأهاجر منها فقال رسول الله ﷺ: اطْمَئِنَّ يَا عَمِّ! فَإِنَّكَ خَاتَمُ الْمُهَاجِرِينَ فِي الْهِجْرَةِ؛ كَمَا أَنِّي خَاتَمُ النَّبِيِّينَ فِي النُّبُوَّةِ.
[عبد الله بن أحمد في ((زوائد فضائل الصحابة))، ابن حبان في ((المجروحين))، طب، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7030)]

(Lemah)
Daripada Sahl Bin Sa’ad RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW pulang daripada Badar, Baginda bersama bapa saudaranya iaitu al-Abbas. Beliau berkata kepada Nabi: Wahai Rasulullah, jika kamu izinkan, aku akan keluar menuju ke Mekah dan aku berhijrah dari sana. Rasulullah SAW bersabda: Tenang wahai bapa saudara! Kamu adalah penutup golongan muhajirin seperti mana aku adalah penutup para Nabi.
[Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Zawaiyd Fadhail Sahabat, Ibn Hibban dalam Majruhhin, al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, ‘Adi dalam al-Kamil, dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no.7030]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs