Sesiapa yang bersalam dengan orang Yahudi atau Nasrani

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صافح يهوديا أو نصرانيا؛ فليتوضأ أو يغسل يده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bersalam dengan orang Yahudi atau Nasrani, maka ambillah wuduk atau basuh tangannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1937, hadis nombor 9713. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله ﷺ: مَنْ صافحَ يهودياً أو نصرانياً؛ فلْيتوضَّأْ أو يَغْسلْ يدَه.
[عد، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6094)]

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang bersalam dengan orang Yahudi atau Nasrani, maka ambillah wuduk atau basuh tangannya.
[Riwayat Ibn Adi dan Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6094]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.