Kemudahan itu adalah satu keberkatan, manakala kesusahan itu adalah satu kecelakaan

TEKS BAHASA ARAB اليسر يمن، والعسـر شؤم. TEKS BAHASA MALAYSIA Kemudahan itu adalah satu keberkatan, manakala kesusahan itu adalah satu kecelakaan. STATUS Sangat lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 744, hadis nombor …

Hendaklah kalian (mengambil) pohon yang diberkati ini, (iaitu) minyak zaitun

TEKS BAHASA ARAB عليكم بهذه الشجرة المباركة؛ زيت الزيتون، فتداووا به؛ فإنه مصحة من الباسور. TEKS BAHASA MALAYSIA Hendaklah kalian (mengambil) pohon yang diberkati ini, (iaitu) minyak zaitun, berubatlah dengannya kerana ia boleh memulihkan penyakit buasir. STATUS Dusta KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu …

Sesiapa yang ditimpa sakit pada suatu malam

TEKS BAHASA ARAB من مرض ليلة فقبلها بقبولها وأدى الحق الذي يلزمه فيها، كتبت له عبادة أربعين سنة، وما زاد فعلى قدر ذلك. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang ditimpa sakit pada suatu malam, lalu dia menerimanya dengan sebenar-benar penerimaan dan dia menunaikan kewajipan yang dia lazimi dalam keadaan sakit tersebut, akan dicatatkan baginya pahala mengerjakan ibadah selama 40 tahun, sekiranya …

Sesiapa yang berjalan menuju kepada penghutangnya

TEKS BAHASA ARAB من مشى إلى غريمه بحقه؛ صلت عليه دواب الأرض، ونون الماء، وتكتب له بكل خطوة شجرة تغرس في الجنة، وذنب يغفر. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang berjalan menuju kepada penghutangnya untuk menuntut haknya, haiwan-haiwan melata di muka bumi dan ikan nun akan mendoakan kebaikan baginya, dan akan ditetapkan baginya pada setiap langkah sebatang pokok yang ditanam di …

Sesiapa yang menyuapkan saudaranya dengan sesuap manisan

TEKS BAHASA ARAB من لقم أخاه لقمة حلواء، ولم يكن ذلك مخافة من شره، ولا رجاء لخيره؛ صرف الله عنه سبعين بلوى في القيامة. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang menyuapkan saudaranya dengan sesuap manisan, dan tidaklah ia dilakukan kerana takut dengan kejahatannya, dan tidak pula mengharapkan balasan kebaikan daripadanya, Allah akan akan menghindarkannya daripada 70 jenis musibah pada hari kiamat. …