Sesiapa yang ditimpa sakit pada suatu malam

TEKS BAHASA ARAB

من مرض ليلة فقبلها بقبولها وأدى الحق الذي يلزمه فيها، كتبت له عبادة أربعين سنة، وما زاد فعلى قدر ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang ditimpa sakit pada suatu malam, lalu dia menerimanya dengan sebenar-benar penerimaan dan dia menunaikan kewajipan yang dia lazimi dalam keadaan sakit tersebut, akan dicatatkan baginya pahala mengerjakan ibadah selama 40 tahun, sekiranya bertambah (tempoh dan tahap kesakitan) maka (ganjaran) mengikut kadar (tempoh dan tahap kesakitan) tersebut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2061, hadis nombor 10356. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من مرض ليلة فقبلها بقبولها وأدى الحق الذي يلزمه فيها، كتبت له عبادة أربعين سنة، وما زاد فعلى قدر ذلك.
[بَحْشَلُ في ((تاريخ واسط))، ((الضعيفة)) (6039)]

(Palsu)
Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang ditimpa sakit pada suatu malam, lalu dia menerimanya dengan sebenar-benar penerimaan dan dia menunaikan kewajipan yang dia lazimi dalam keadaan sakit tersebut, akan dicatatkan baginya pahala mengerjakan ibadah selama 40 tahun, sekiranya bertambah (tempoh dan tahap kesakitan) maka (ganjaran) mengikut kadar (tempoh dan tahap kesakitan) tersebut.
[Riwayat Baḥsyal dalam Tārīkh Wāsiṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6039]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs