Hendaklah kalian (mengambil) pohon yang diberkati ini, (iaitu) minyak zaitun

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بهذه الشجرة المباركة؛ زيت الزيتون، فتداووا به؛ فإنه مصحة من الباسور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian (mengambil) pohon yang diberkati ini, (iaitu) minyak zaitun, berubatlah dengannya kerana ia boleh memulihkan penyakit buasir.

STATUS

Dusta

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1168, hadis nombor 5900. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(كذب) عن عقبة بن عامر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((عليكم بهذه الشجرة المباركة؛ زيت الزيتون، فتداووا به؛ فإنه مصحة من الباسور)). [طب، أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (194)].

(Dusta) Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kalian (mengambil) pohon yang diberkati ini, (iaitu) minyak zaitun, berubatlah dengannya kerana ia boleh memulihkan penyakit buasir. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan Abu Nu’aim dalam al-Tib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 194].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs