Tutuplah wajah-wajah orang yang mati dalam kalangan kamu dan janganlah kamu menyerupai Yahudi

TEKS BAHASA ARAB خمروا وجوه موتاكم، ولا تشبهوا باليهود. TEKS BAHASA MALAYSIA Tutuplah wajah-wajah orang yang mati dalam kalangan kamu dan janganlah kamu menyerupai Yahudi. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman …

Allah mengangkat azab daripada perkuburan di kampung tersebut selama 40 hari

TEKS BAHASA ARAB إن العالم والمتعلم إذا مرا بقرية، فإن الله يرفع العذاب عن مقبرة تلك القرية أربعين يوما. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya orang alim dan penuntut ilmu apabila mereka melintasi suatu perkampungan, Allah mengangkat azab daripada perkuburan di kampung tersebut selama 40 hari. STATUS Tiada asal KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān …

Aku tidak suka sekiranya seorang muslim tidur dalam keadaan berjunub

TEKS BAHASA ARAB لا أحب أن يبيت المسلم جنبا إني خشيت أن يموت فلا تحضر الملائكة جنازته. TEKS BAHASA MALAYSIA Aku tidak suka sekiranya seorang muslim tidur dalam keadaan berjunub. Aku bimbang sekiranya dia meninggal dunia, malaikat tidak akan menghadiri jenazahnya. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu …

Lipatlah pakaianmu, agar roh-rohnya akan kembali padanya (kecantikan dan kekemasannya). Dan kerana syaitan tidak akan memakai pakaian yang dilipat

TEKS BAHASA ARAB اطووا ثيابكم؛ ترجع إليها أرواحها؛ فإن الشيطان إذا وجد الثوب مطوياً؛ لم يلبسه، وإذا وجده منشوراً؛ لبسه. TEKS BAHASA MALAYSIA Lipatlah pakaianmu, agar roh-rohnya akan kembali padanya (kecantikan dan kekemasannya). Dan kerana syaitan tidak akan memakai pakaian yang dilipat. Sekiranya ia mendapati pakaian terhampar tidak dilipat, maka ia akan memakainya. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini …

Tidak ada kewajiban mandi ke atas kamu dalam memandikan mayat ketika kamu memandikannya

TEKS BAHASA ARAB ليس عليكم فى غسل ميتكم غسل إذا غسلتموه، إنه مسلم مؤمن طاهر، وإن المسلم (وفي لفظ: ميتكم) ليس بنجس، فحسبكم أن تغسلوا أيديكم. TEKS BAHASA MALAYSIA Tidak ada kewajiban mandi ke atas kamu dalam memandikan mayat ketika kamu memandikannya. Sesungguhnya dia seorang muslim, mukmin lagi suci dan orang muslim itu (dalam riwayat lain: orang yang mati dalam …