TEKS BAHASA ARAB
ليس عليكم فى غسل ميتكم غسل إذا غسلتموه، إنه مسلم مؤمن طاهر، وإن المسلم (وفي لفظ: ميتكم) ليس بنجس، فحسبكم أن تغسلوا أيديكم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada kewajiban mandi ke atas kamu dalam memandikan mayat ketika kamu memandikannya. Sesungguhnya dia seorang muslim, mukmin lagi suci dan orang muslim itu (dalam riwayat lain: orang yang mati dalam kalangan kamu) tidak najis. Cukuplah kamu membasuh kedua tangan kamu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1221, hadis nombor 6221. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ليس عليكم فى غسل ميتكم غسل إذا غسلتموه، إنه مسلم مؤمن طاهر، وإن المسلم (وفي لفظ: ميتكم) ليس بنجس، فحسبكم أن تغسلوا أيديكم.
[قط، ك، هق، ((الضعيفة)) (6304)]
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Tidak ada kewajiban mandi ke atas kamu dalam memandikan mayat ketika kamu memandikannya. Sesungguhnya dia seorang muslim, mukmin lagi suci dan orang muslim itu (dalam riwayat lain: orang yang mati dalam kalangan kamu) tidak najis. Cukuplah kamu membasuh kedua tangan kamu.
[Riwayat al-Daraqutni, al-Hakim, al-Baihaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6304].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.