Allah mengangkat azab daripada perkuburan di kampung tersebut selama 40 hari

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن العالم والمتعلم إذا مرا بقرية، فإن الله يرفع العذاب عن مقبرة تلك القرية أربعين يوما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang alim dan penuntut ilmu apabila mereka melintasi suatu perkampungan, Allah mengangkat azab daripada perkuburan di kampung tersebut selama 40 hari.

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1229, hadis nombor 6256. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له)
إن العالم والمتعلم إذا مرا بقرية؛ فإن الله يرفع العذاب عن مقبرة تلك القرية أربعين يوما.
[((الضعيفة)) (419)].

(Tidak ada asalnya)
Sesungguhnya orang alim dan penuntut ilmu apabila mereka melintasi suatu perkampungan, Allah mengangkat azab daripada perkuburan di kampung tersebut selama 40 hari.
[Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 419].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.