Carilah kebaikan pada wajah-wajah yang cantik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ابتغوا الخير عند حسان الوجوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Carilah kebaikan pada (orang yang memiliki) wajah-wajah yang cantik.

STATUS

Dusta

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 183, hadis nombor 939. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(كذب) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ابتغوا الخير عند حسان الوجوه)). [ابن أبي الدنيا في ((قضاء الحوائج))، الدارقطني في ((الأفراد))، عق، طس، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (1585)]

(Dusta)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nsbi SAW): Carilah kebaikan pada (orang yang memiliki) wajah-wajah yang cantik.
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Qada’ al-Hawa’ij, al-Daraqutni dalam al-A'frad, al-Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1585]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.