TEKS BAHASA ARAB
لعن – صلى الله عليه وسلم – مخنثي الرجال الذين يتشبهون بالنساء والمترجلات من النساء المتشبهين بالرجال، والمتبتلين من الرجال الذي يقول: لا يتزوج! والمتبتلات من النساء اللاتي يقلن ذلك، وراكب الفلاة وحده، فاشتد ذلك على أصحاب رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، حتى استبان ذلك على وجوههم، وقال: البائت وحده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW melaknat golongan mukhannas (pondan) daripada kalangan lelaki yang menyerupai wanita dan mutarajjilat (tomboi) daripada kalangan wanita yang menyerupai lelaki. Dan golongan lelaki yang tidak mahu berkahwin dengan menyebut: ‘Dia tidak mahu berkahwin’. Serta golongan wanita yang tidak mahu berkahwin dengan mengatakan ucapan yang sama. (Juga Baginda melaknat) seseorang yang menunggang di kawasan tanah yang luas secara seorang diri. Maka perkara tersebut menjadi berat ke atas para sahabat Rasulullah SAW, sehingga telihat jelas perasaan tersebut pada wajah mereka. Kemudian Baginda menyambung: (Turut dilaknat) orang yang tidur secara bersendirian.
STATUS
Lemah Dengan Lafaz Yang Penuh
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 183, hadis nombor 938. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا التمام) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: لعن – صلى الله عليه وسلم – مخنثي الرجال الذين يتشبهون بالنساء والمترجلات من النساء المتشبهين بالرجال، والمتبتلين من الرجال الذي يقول: لا يتزوج! والمتبتلات من النساء اللاتي يقلن ذلك، وراكب الفلاة وحده، فاشتد ذلك على أصحاب رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، حتى استبان ذلك على وجوههم، وقال: البائت وحده. [حم، عق، ((الضعيفة)) (1114)]
(Lemah Dengan Lafaz Yang Penuh)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Nabi SAW melaknat golongan mukhannas (pondan) daripada kalangan lelaki yang menyerupai wanita dan mutarajjilat (tomboi) daripada kalangan wanita yang menyerupai lelaki. Dan golongan lelaki yang tidak mahu berkahwin dengan menyebut: ‘Dia tidak mahu berkahwin’. Serta golongan wanita yang tidak mahu berkahwin dengan mengatakan ucapan yang sama. (Juga Baginda melaknat) seseorang yang menunggang di kawasan tanah yang luas secara seorang diri. Maka perkara tersebut menjadi berat ke atas para sahabat Rasulullah SAW, sehingga telihat jelas perasaan tersebut pada wajah mereka. Kemudian Baginda menyambung: (Turut dilaknat) orang yang tidur secara bersendirian.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnad beliau dan al-‘Uqaylī dalam al-Du’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1114]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.