Allah SWT tidak akan melihat ke arah dua golongan manusia pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اثنان لا ينظر الله إليهما يوم القيامة، قاطع الرحم وجار السوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua golongan manusia yang Allah SWT tidak akan melihat ke arah mereka berdua pada hari kiamat: Orang yang memutuskan silaturahim dan jiran yang jahat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 184, hadis nombor 941. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((اثنان لا ينظر الله إليهما يوم القيامة، قاطع الرحم وجار السوء)). [فر، ((الضعيفة)) (1997)]

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dua golongan manusia yang Allah SWT tidak akan melihat ke arah mereka berdua pada hari kiamat: Orang yang memutuskan silaturahim dan jiran yang jahat.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1997]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.