Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW mempunyai sebuah pedang yang bernama Zulfakar

Teks Bahasa Arab

حديث: "إِنَّهُ كَانَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ سَيْفٌ. وكان يُسَمَّى ذَا الْفَقَارِ، وَكَانَتْ لَهُ قَوْسٌ تُسَمَّى: ذَاتَ السَّدَادِ، وَكَانَتْ لَهُ كِنَانَةٌ تُسَمَّى: ذَا الْجَمْعِ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Rasulullah SAW mempunyai sebuah pedang yang bernama Zulfakar. Baginda juga mempunyai busur yang bernama Zat al-Sadad dan juga bekas anak panah yang bernama Za al-Jam’.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 323-324, hadis no. 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن ابن عباس مرفوعا. قيل: هو موضوع. في إسناده: متروك.

Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Ibn Abbas secara marfu’. Dikatakan: Hadis ini palsu. Dalam sanadnya terdapat seorang perawi matruk (ditinggalkan riwayatnya).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.