Bertasbihlah kepada Allah sebanyak 10 kali

TEKS BAHASA ARAB

سبحى الله عشرا واحمديه عشرا وكبريه عشرا ثم سليه حاجتك يقل: نعم نعم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bertasbihlah kepada Allah sebanyak 10 kali, bertahmidlah kepada-Nya sebanyak 10 kali, bertakbirlah kepada-Nya sebanyak 10 kali. Kemudian mintalah hajat kamu. Dia akan berkata: ‘Ya, ya’.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 65, hadis nombor 44. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه النسائي (3/ 51) والترمذي كما في أطراف المزي (1/ 85) وابن خزيمة (2/31) وابن حبان (2342) والحاكم (1/255) من طريق عكرمة بن عمار حدثني إسحاق بن عبد الله ابن أبي طلحة، عن أنس بن مالك قال: جاءت أم سليم إلى النبي صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم فقالت: يا رسول الله علمني شيئاً أدعو به في صلاتي فقال فذكره. قال الترمذي حسن غريب. وقال الحاكم: صحيح على شرط مسلم، ولم يخرجاه. ووافقه الذهبي.
قلت: ولكن عكرمة بن عمار قد خولف في إسناده. قال الحافظ في النكت الظراف (85/ 1) قال ابن أبي حاتم عن أبيه: رواه الأوزاعي، عن إسحاق بن أبي طلحة عن أم سليم وهو مرسل، وهو أشبه من حديث عكرمة بن عمار. أ. هـ‍. ورواه عامر بن سعيد عن القاسم بن مالك المزني عن عبد الرحمن بن إسحاق عن سعيد بن أبي حسين عن أنس بن مالك قال: زار رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم أم سليم فصلى في بيته تطوعاً ثم قال: يا أم سليم إذا صليت فقولي: سبحان الله عشرا الحديث. في علل الحديث (2/ 191) : سئل أبو زرعة عن هذا الحديث فقال: حدثنا فروة بن أبي المغراء عن القاسم بن مالك عن عبد الرحمن بن إسحاق عن حسين بن أبي سفيان عن أنس عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم وكذا رواه ابن فضيل عن عبد الرحمان بن إسحاق عن حسين بن أبي سفيان عن النبي – صلى الله عليه وسلم. أ. هـ‍.
قلت: فأبو زرعة يكشف لنا الاختلاف في إسناد هذا الحديث؛ فرواه عامر بن سعيد، فجعله عن رواية سعيد بن أبي أنس. وحسين هذا آت لم يتصحف فلم أقف له على ترجمة، ثم رواه بن أبي المغراء فخالف عامر بن سعيد فجعله عن حسين بن أبي سفيان عن أنس وفروة ابن أبي المغراء أوثق من عامر بن سعيد فالأول وثقه الدارقطني وابن حبان وقال أبو حاتم: صدوق وهو من رجال البخاري. أما عامر بن سعيد فهو الخراساني. ترجمه ابن أبي حاتم في الجرح والتعديل (3/ 1/ 322) وحكى عن أبيه: صدوق. وخالفه محمد بن فضيل عن عبد الرحمن عن حسين بن أبي سفيان مرسلاً وهو ضعيف كيفما دار لأن حسين بن أبي سفيان مجهول. قال أبو حاتم: مجهول. ليس بالقوى كما في الجرح والتعديل (1/ 2/ 54) لولده.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Nasa’ei (3/51), al-Tirmizi – sebagaimana dalam Atraf al-Mizzi (1/85), Ibn Khuzaimah (2/31), Ibn Hibban (2342), dan al-hakim (1/255) melalui sanad ‘Ikrimah bin ‘Ammar, katanya Ishaq bin ‘Abdillah bin Abi Talhah telah menceritakan kepada saya daripada Anas bin Malik, katanya: Ummu Sulaym telah datang bertemu Nabi SAW, lalu berkata: "Wahai Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku suatu amalan yang aku boleh gunakan untuk berdoa menggunakannya dalam solatku". Baginda SAW pun berrsabda…., beliau pun menyebutkan hadith tersebut. Al-Tirmizi berkata: "Hasan gharib". Al-Hakim pula berkata: "Sahih berdasarkan syarat Muslim, namun al-Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya", al-Zahabi bersetuju dengan al-Hakim.
Saya berkata: Namun, ‘Ikrimah bin ‘Ammar berlaku khilaf dalam sanad beliaau. Al-Hafiz berkata dalam al-Nukar al-Zaraf (1/85): "Ibn Abi Hatim menuturkan daripada ayah beliau: ‘al-Awza’ei telah meriwayatkannya daripada Ishaq bin Abi Talhah daripada Ummu Sulaym secara mursal, ia lebih tepat berbanding hadith ‘Ikrimah bin ‘Ammar’".. ‘Amir bin Sa’id pula meriwayatkannya daripada al-Qasim binn Malik al-Muzani daripada ‘Abd al-Rahman bin Ishaq daripada Sa’id bin Abi Husain daripada Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW telah menziarahi Ummu Sulaym, lalu Baginda SAW solat sunat dirumah beliau, kemudian Baginda SAW bersabda: "Wahai Ummu Sulaym! Apabila kamu solat, maka ucapkanlah Subhanallah sepuluh kali….". Dalam ‘Ilal al-Hadith (2/191) menyebutkan: "Abu Zur’ah pernah ditanya tentang hadith ini, lalu beliau berkata: ‘Farwah bin Abi al-Mighra’ telah menceritakan kepada kami daripada al-Qasim bin Malik daripada ‘Abd al-Rahman bin Ishaq daripada Husain bin Abi Sufyan daripada Anas daripada Nabi SAW. Demikianlah juga Ibn Fudhail meriwayatkannya daripada ‘Abd al-Rahman bin Ishaq daripada Husain bin Abi Sufyan daripada Nabi SAW"’.
Saya berkata: Abu Zur’ah telah membongkarkan kepada kita perbezaan-perbezaan riwayat dalam sanad hadith ini. ‘Amir bin Ssa’id telah meriwayatkannya melalui riwayat Sa’id bin Abi Husain daripada Anas. Husain tersebut jika bukan kerana kesilapan ejaan, maka saya tidak menemui biografi belliau. Kemudian, Farwah bin Abi al-Mighra’ juga meriwayatkannya, berbeza dengan ‘Amir bin Sa’id, Farwah meriwayatkannya daripada Husain bin Abi Sufyan daripada Anas. Farwah Ibn Abi al-Mighra’ lebih thiqah berbanding ‘Amir bin Sa’id. Farwah telah dinilai thiqah oleh al-Daraqutni dan Ibn Hibban, manakala Abu Hatim berkata: "Saduq", beliau merupakan salah seorang perawi al-Bukhari. Adapun ‘Amir bin Sa’id pula, beliau adalah al-Khurasani. Ibn Abi Hatim telah membuat biografi beliau dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (3/1/322) dan menukilkan daripada ayahnya bahawa dia berkata: "Saduq". Muhammad bin Fudhail telah meriwayatkan berbeza dengan beliau, Muhammad telah meriwayatkannya daripada ‘Abd al-Rahman bin Husain Ibn Abi Sufyan secara mursal. Sanad tersebut dha’if walau daripada mana jalur pun, kerana Husain bin Abi Sufyan seorang yang Majhul. Abu Hatim berkata: "Majhul, beliau tidak kuat" – sebagaimana dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (1/2/54) karangan anak beliau.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.