Salman adalah dalam kalangan Aalu al-Bayt

TEKS BAHASA ARAB

سلمان منا آل البيت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Salman adalah dalam kalangan Aalu al-Bayt (ahli keluarga) kami.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 63, hadis nombor 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جدا.
أخرجه ابن سعد في الطبقات (4/ 82- 83) (7/ 319) والطبراني في الكبير وأبو الشيخ في طبقات المحدثين رقم (6) وأبو نعيم في أخبار أبهان (1/ 54) والبيهقي في الدلائل (3/ 418) (6/ 212- 213/ 6040) والطبري في تفسيره (21/ 85) والحاكم (3/ 598) من طريق كثير ابن عبد الله المزني عن أبيه عن جده أن رسول الله صلى الله عليه وأله وسلم خط الخندق عام حرب الأحزاب حتى بلغ المذابح فقطع لكل عشرة أربعين ذراعا فاحتج المهاجرون والأنصار: في سلمان الفارسي، وكان رجلا قويا، فقال المهاجرون: سلمان منا وقالت الأنصار: سلمان منا، فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم سلمان منا الحديث. قال الهيثمي في المجمع (6/130) : فيه كثير بن عبد الله المزني، وقد ضعفه الجمهور، وحسن الترمذي حديثه، وبقية رجاله ثقات.
قلت: رحم الله الهيثمي، فحال كثير بن عبد الله لا تحتاج للذكر تحسين الترمذي له، وقد رد الذهبي وغيره تحسين الترمذي لحديثه: الصلح جائز بين المسلمين. وقال: فلذا لا يعتمد العلماء على تحسين الترمذي يعني لتساهله. وكثير هذا ضعيف جدا بل نسبة الشافعي وأبو داود للكذب فحديثه ساقط. والله أعلم. والحديث سكت عليه الحاكم فتعقبه الذهبي بقوله: سنده ضعيف. والله أعلم. وله شاهد أخرجه أبو الشيخ في الطبقات رقم (5) وأبو يعلي والبزار كما في إتحاف المهرة (54/ 3) من طريق النضر بن حميد، عن سعد الإكاف عن أبي جعفر محمد بن علي عن أبيه عن جده مرفوعا به. وجده هو الحسين بن علي – رضي الله عنهما – وسنده ضعيف جدا. والنضر بن حميد تركه أبو حاتم، وقال البخاري: منكر الحديث. وسعد الإسكاف تركه النسائي والدارقطني. وقال ابن حبان: كان يضع الحديث على الفور. نسأل الله السلامة ولذا قال ابن معين لا يحل لأحد أن يروي عنه.

Dha’if Jiddan (Sangat lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat (4/82-83) (7/319), al-Tabarani dalam al-Kabir, Abu al-Syeikh dalam Tabaqat al-Muhaddithin (hadith : 6), Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan (1/54), al-Baihaqi dalam al-Dala’il (3/418) (6/212-213/6040), al-Tabari dalam Tafsir beliau (21/85) dan al-Hakim (3/598) melalui sanad Kathir Ibn ‘Abdillah al-Muzani daripada ayahnya daripada datuknya bahawa Rasulullah SAW membuat garisan parit pada tahun peperangan al-Ahzab hingga sampai tempat-tempat penyembelihan haiwan, lalu Baginda SAW memotong garisan pada setiap 10-40 hasta. Lalu Muhajirin dan Ansar berbalah tentang Salman al-Farisi, Salman seorang lelaki yang kuat. Muhajirin berkata: ‘Salman daripada kalangan kami’, Ansar pula berkata: ‘Salman daripada kalangan kami’. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Salman daripada kalangan kami". Al-Haythami berkata dalam al-Majma’ (6/130): "Dalam sanadnya terdapat Kathir bin ‘Abdillah al-Muzani, majoriti menilai beliau sebagai dha’if. Al-Tirmizi menilai hasan hadithnya. Perawi-perawi lain adalah para perawi yang thiqah".
Saya berkata: Semoga Allah merahmati al-Haythami. Berkenaan status Kathir bin ‘Abdillah, tidak perlu untuk disebutkan penilaian hasan oleh al-Tirmizi terhadap hadithnya. Al-Zahabi dan lain-lain telah menjawab penilaian hasan oleh al-Tirmizi terhadap hadithnya yang berbunyi: "Perdamaian adalah harus antara orang Islam". Al-Zahabi berkata: "Oleh kerana itulah para ulama tidak berpegang kepada penilaian hasan al-Tirmizi", maksud beliau disebabkan sikap bermudah-mudah beliau dalam menilai. Kathir ini seorang yang terlalu dha’if. Bahkan al-Shafi’ei dan Abu Daud menisbahkan beliau kepada pendustaan. Oleh itu, hadithnya Saqit (gugur kelayakan berhujjah). Wallahua’lam. Al-Hakim tidak memberika komentar terhadap hadith tersebut, menyebabkan al-Zahabi memberikan komentar terhadap beliau, katanya: "Sanadnya dha’if". Wallahua’lam.
Hadith tersebut ada sokongan, ianya telah dikeluarkan oleh Abu al-Syeikh dalam al-Tabaqat (hadith : 5), Abu Ya’la dan al-Bazzar – sebagaimana dalam Ithaf al-Mahirah (3/54) melalui sanad al-Nadhr bin Hamid daripada Sa’d al-Iskaf daripada Abu Ja’far Muhammad bin ‘Ali daripada ayahnya daripada datuknya secara marfu’ hadith tersebut. Datuk beliau adalah al-Husain bin ‘Ali RA. Sanadnya terlalu dha’if. Al-Nadhr bin Hamid telah ditinggalkan riwayat beliau oleh Abu Hatim. Al-Bukhari berkata: "Munkar al-Hadith". Sa’d al-Iskaf pula telah ditinggalkan riwayat beliau oleh al-Nasa’ei dan al-Daraqutni. Ibn Hibban berkata: "Beliau selalu mereka-reka hadith secara langsung". Kami memohon kesejahteraan kepada Allah. Oleh kerana itu, Ibn Ma’in berkata: "Tidak halal bagi sesiapapun meriwayatkan daripada beliau".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.