Sesiapa yang menyebutkan nama Madinah sebagai Yathrib, maka hendaklah dia istighfar

TEKS BAHASA ARAB

من سمى المدينة يثرب فليستغفر الله هي طابة هي طابة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menyebutkan nama Madinah sebagai Yathrib, maka hendaklah dia memohon keampunan (istighfar). Namanya adalah Tabah, namanya adalah Tabah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 64, hadis nombor 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أحمد (4/ 285) وأبو يعلى (3/ 247- 248) وابن عدي (7/ 2730) وعمر بن شبة في تاريخ المدينة (165/ 1) وابن أبي حاتم، وابن مردوية في تفسيرهما كما في الدر المنثور (5/ 188) وابن الجوزى في الموضوعات (2/ 220) من طريق يزيد بن أبي زياد، عن عبد الرحمن بن أبي ليلى، عن البراء بن عازب مرفوعاً به. قال ابن الجوزي هذا حديث لا يصح، تفرد به صالح عن يزيد. قال ابن المبارك: ارم بيزيد، وقال أبو حاتم الرازي: كل أحاديثه موضوعة. وقال النسائي: متروك الحديث.
قلت: أخطأ ابن الجوزي رحمه الله مرتين: الأولى: أنه جعل هذا الحديث موضوعاً، ولا حجة له. والثانية: أنه نقل ما قيل في يزيد بن أبي زياد القرشي، وليس هو راوي الحديث. فإن راوي الحديث هنا هو يزيد بن أبي زياد القرشي الكوفي وهو صدوق، لكنه كان تغير، فضعف لذلك.
أما الدمشقي فحاله أسوأ من الكوفي فقال فيه النسائي متروك الحديث وقال أبو حاتم كما في الجرح (4/ 2/ 262- 263) كأن حديثه موضوع فصحفه ابن الجوزي: كل حديثه موضوع. لذلك رد عليه الحافظ ابن حجر فقال في القول المسدد (50) : ولم يصب يعني ابن الجوزى فإن يزيد وإن ضعفّه بعضهم من قبل حفظه وبكونه كانَ يُلقن فيتلقن في آخر عمره، فلا يلزم من شيء من ذلك أن يكون كل ما يحدث به موضوعاً. أما الحافظ الهيثمي فقال في المجمع (3/300) : رجاله ثقات. كذا قال وما تقدم من الكلام يرده.
وأخرج مسلم (1385) وأحمد (5/ 89، 94، 96، 97، 98، 101- 102، 106، 108) والطيالسي كما في الفتح وكذا الطبراني في الكبير (2/217، 233، 234، 236) وغيرهم من حديث جابر بن سمرة مرفوعاً: إن الله تعالى سمى المدينة طابة. وفي لفظ الطبراني: إن الله أمرني أن أسمى المدينة طابة.
قال الحافظ في الفتح (4/ 87): فهم بعض العلماء من هذا كراهة تسمية المدينة يثرب، وقالوا: ما وقع في القرآن، إنما هو حكاية عن قول غير المؤمنين، ولهذا قال عيسى بن دينار من المالكية: من سمى المدينة يثرب كتبت عليه خطيئة. قال: وسبب هذه الكراهة لأن يثرب إما من التثريب الذي هو التوبيخ والملامة، وإما من الثرب وهو الفساد، وكلاهما مستقبح، وكان النبي صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم يحب الاسم الحسن، وهو يكره الاسم القبيح. أ. هـ‍. وفي البخاري (4/ 88) من حديث أبي حميد قال: أقبلنا مع النبي صلى الله عليه وسلم من تبوك حتى أشرفنا على المدينة، فقال: هذه طابة وهناك بعض أحاديث أخرى في كراهة تسمية المدينة بـ يثرب.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ahmad (4/285), Abu Ya’la (3/247 – 2480, Ibn ‘Adi (7/2730), ‘Umar ibn Shabah dalam Tarikh al-Madinah (1/165), Ibn Abi Hatim dan Ibn Mardawaih dalam Tafsir mereka berdua – sebagaimana dalam al-Dur al-Manthur (5/188) -, juga Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at (2/220) melalui sanad Yazid bin Abi Ziyad daripada ‘Abd al-Rahman bin Abi Laila daripada al-Bara’ bin ‘Azib secara marfu’ hadith tersebut. Ibn al-Jawzi berkata: "Ini adalah hadith yang tidak sahih. Soleh bin Umar bersendirian meriwayatkan hadith tersebut daripada Yazid”. Ibn al-Mubarak berkata: ‘Lemparlah hadith Yazid’, Abu Hatim al-Razi pula berkata: ‘Kesemua hadith-hadithnya adalah palsu’, al-Nasa’ei berkata: "Matruk al-Hadith’".
Saya berkata: Ibn al-Jawzi melakukan dua kesalahan; Pertama: beliau menilai hadith ini sebagai palsu tanpa memiliki hujjah. Kedua: Beliau menukilkan penilaian ulama terhadap Yazid bin Abi Ziyad al-Qurashi al-Dimashqi, sedangkan beliau bukanlah perawi hadith tersebut. Perawi hadith ini adalah Yazid bin Abi Ziyad al-Qurashi al-Kufi, beliau seorang yang Saduq (benar), namun belliau mengalami perubahan ingatan, lalu sebab itu beliau dinilai dha’if. Berkenaan al-Dimashqi pula, status beliau lebih buruk berbanding al-Kufi, kerana itu al-Nasa’ei berkata berkenaan al-Dimashqi: "Matruk al-Hadith", Abu Hatim pula berkata – sebagaimana dalam al-Jarh (4/2/262-263) -: "Seakan-akan hadithnya palsu", Ibn al-Jawzi tersalah eja dengan mengatakan: "Semua hadithnya palsu". Oleh kerana itulah, al-Hafiz Ibn Hajar mengkritik Ibn al-Jawzi, kata al-Hafiz dalam al-Qawl al-Musaddad (50): "Beliau – iaitu Ibn al-Jawzi – tidak benar. Yazid sekalipun beliau telah dinilai dha’if oleh sebahagian mereka kerana hafalan beliau, beliau pada akhir usianya kerap kali diajar untuk mengakui hadith miliknya (sedangkan bukan), lalu beliau mengakuinya (kerana lemah ingatan), jadi tidak boleh secara pasti untuk mengatakan bahawa semua yang beliau riwayatkan adalah palsu". Al-Hafiz al-Haythami pula berkata dalam al-Majma’ (3/300): "Para perawinya thiqah", begitulah kata beliau, sedangkan telah disebutkan perbincangan yang menolak penilaian beliau itu.
Turut dikeluarkan oleh Muslim (1385), Ahmad (5/89, 94, 96, 97, 98, 101, 102, 106, 108), al-Tayalisi – sebagaimana dalam al-Fath, demikian juga al-Tabarani dalam al-Kabir (2/217, 233, 234, 236) dan lain-lain melalui hadith Jabirr bin Samurah secara marfu’: "Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menamakan Madinah dengan Tabah". Dalam lafaz al-Tabarani pula: "Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya menamakan Madinah dengan Tabah".
Al-Hafiz berkata dalam al-Fath (4/87): "Sebahagian ulama memahami berdasarkan hadith ini bahawa makruh menamakan Madinah dengan Yathrib. Mereka berkata bahawa apa yang disebutkan oleh al-Qur’an (dengan Yathrib) hanyalah sebagai penceritaan daripada kata-kata orang yang tiddak beriman. Oleh kerana inilah ‘Isa bin Dinar dalam kalangan bermazhab Mallik berkata: ‘Sesiapa yang menyebutkan Madinah dengan Yathrib, maka ditulis untuknya satu dosa’. Katanya, sebab makruh ini adalah kerana perkataaan Yathrib berasal daripada perkataan التثريب yang merupakan penghinaan dan celaan, atau melalui perkataan الثرب yang bererti kerosakan. Kedua-duanya adalah tidak baik. Nabi Saw selalu menyukai nama-nama yang baik dan tidak menyukai nama-nama yang buruk". Dalam riwayat al-Bukhari (4/88) melalui hadith Abu Humaid, katanya: Kami datang bersama Nabi SAW daripada Tabuk hinggalah kami diberikan perhormatan untuk berada di Madinah, lalu Baginda SAW bersabda: ‘Ini adalah Tabah’". Disana terdapat hadith-hadith lain lagi berkenaan tidak disukai menyebutkan nama Madinah sebagai Yathrib.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.