TEKS BAHASA ARAB
استاكوا عرضا، وادهنوا غبا، واكتحلوا وترا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bersugilah kalian secara melintang, minyakkanlah rambut kalian secara berselang-selang (hari), dan bercelaklah kalian dengan (bilangan) ganjil.
STATUS
Tiada asal baginya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 93, hadis nombor 52. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وحديث: "استاكوا عرضا، وادهنوا غبا، واكتحلوا وترا".
قال ابن الصلاح: لم أجد له أصلا.
Dan hadis: "Bersugilah kalian secara melintang, minyakkanlah rambut kalian secara berselang-selang (hari), dan bercelaklah kalian dengan (bilangan) ganjil".
Ibn al-Solah telah berkata: Aku tidak mendapati asal baginya.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.