TEKS BAHASA ARAB
إذا كتبت كتابا فتربه، فإنه أنجح للحاجة، والتراب مبارك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kamu menulis sebuah kitab, letakkanlah tanah padanya. Kerana sesungguhnya ia (menjadikan) hajat lebih tertunai, sedangkan tanah itu adalah (sesuatu) yang diberkati.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 92, hadis nombor 51. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وحديث: "إذا كتبت كتابا فتربه، فإنه أنجح للحاجة، والتراب مبارك" قال أحمد: منكر.
Dan hadis: "Apabila kamu menulis sebuah kitab, letakkanlah tanah padanya. Kerana sesungguhnya ia (menjadikan) hajat lebih tertunai, sedangkan tanah itu adalah (sesuatu) yang diberkati". Ahmad (bin Hanbal) berkata: Munkar (terlalu dhaif).
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.