TEKS BAHASA ARAB
أمرت أن أحكم بالظاهر والله / يتولى السرائر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku telah diperintahkan untuk berhukum dengan yang zahir manakala Allah yang menguruskan perkara-perkara yang tersembunyi.
STATUS
Tidak diketahui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 93, hadis nombor 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وحديث: "أمرت أن أحكم بالظاهر والله / يتولى السرائر".
لا يعرف. قال السيوطي: هذا من كلام الشافعي في "الرسالة".
Dan hadis: "Aku telah diperintahkan untuk berhukum dengan yang zahir manakala Allah yang menguruskan perkara-perkara yang tersembunyi".
(Hadis ini) tidak diketahui. Al-Suyuti telah berkata: Ini adalah daripada kata-kata al-Syafi’i dalam (kitabnya) al-Risalah.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.