Bersihkanlah mulut-mulut kamu dengan kayu penggosok gigi

TEKS BAHASA ARAB

أنقوا أفواهكم بالخلال؛ فإنها مسكن الملكين، الحافظين الكاتبين، وإن مدادهما الريق، وقلبهما اللسان، وليس شيء أشد عليهما من فضل الطعام في الفم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersihkanlah mulut-mulut kamu dengan kayu penggosok gigi. Kerana sesungguhnya ia merupakan tempat duduknya dua malaikat, yang menjaga lagi mencatat. Sesungguhnya madad mereka berdua adalah air liur dan jantung hati mereka adalah lidah. Dan tidak ada suatu yang lebih berat ke atas mereka berdua (malaikat) melainkan lebihan makanan yang terdapat pada mulut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 202, hadis nombor 1058. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سويد بن علقمة بن سعد بن معاذ – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((أنقوا أفواهكم بالخلال؛ فإنها مسكن الملكين، الحافظين الكاتبين، وإن مدادهما الريق، وقلبهما اللسان، وليس شيء أشد عليهما من فضل الطعام في الفم)). [أبو الشيخ في ((طبقات الأصبهانيين))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (3265)]

(Palsu)
Daripada Suwaid bin ‘Alqamah bin Sa’ad bin Muadz RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Bersihkanlah mulut-mulut kamu dengan kayu penggosok gigi. Kerana sesungguhnya ia merupakan tempat duduknya dua malaikat, yang menjaga lagi mencatat. Sesungguhnya madad mereka berdua adalah air liur dan jantung hati mereka adalah lidah. Dan tidak ada suatu yang lebih berat ke atas mereka berdua (malaikat) melainkan lebihan makanan yang terdapat pada mulut. [Riwayat Abu al-Syaikh dalam Tabaqat al-Asbahaniyyin dan Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3265]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs