Siapakah yang ingin membawa unta kami ini

TEKS BAHASA ARAB

من يسوق إبلنا هذه؟ فقام رجل. فقال: ما اسمك؟ قال: فلان. قال: اجلس. ثم قام آخر فقال: أنا. فقال: ما اسمك؟ قال: فلان. قال: اجلس. ثم قام آخر فقال: أنا. فقال: ما اسمك؟ قال: ناجية، قال: لها فسقها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Siapakah yang ingin membawa unta kami ini? Kemudian seorang lelaki berdiri. Lalu baginda berkata: Apakah nama kamu? Lelaki itu menjawab: Fulan. Baginda berkata: Duduklah kamu. Kemudian seorang lelaki yang lain berdiri, lalu berkata: Aku (ingin membawanya wahai Rasulullah). Maka Nabi bertanya: Apakah nama kamu? Beliau menjawab: Fulan. Baginda berkata: Duduklah kamu. Kemudian seorang lelaki yang lain berdiri, lalu berkata: Aku (wahai Rasulullah) Baginda bertanya: Apakah nama kamu? Beliau menjawab: Najiyah. Baginda berkata: Kamu berhak untuk membawa unta ini.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 213, hadis nombor 1130. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي حدرد – رضي الله عنه – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((من يسوق إبلنا هذه؟ فقام رجل. فقال: ما اسمك؟ قال: فلان. قال: اجلس. ثم قام آخر فقال: أنا. فقال: ما اسمك؟ قال: فلان. قال: اجلس. ثم قام آخر فقال: أنا. فقال: ما اسمك؟ قال: ناجية، قال: لها فسقها)). [خد، ك، طب، ((الضعيفة)) (4804)]

(Lemah)
Daripada Abu Hadrad RA (beliau berkata) bahawa Nabi SAW bersabda: Siapakah yang ingin membawa unta kami ini? Kemudian seorang lelaki berdiri. Lalu baginda berkata: Apakah nama kamu? Lelaki itu menjawab: Fulan. Baginda berkata: Duduklah kamu. Kemudian seorang lelaki yang lain berdiri, lalu berkata: Aku (ingin membawanya wahai Rasulullah). Maka Nabi bertanya: Apakah nama kamu? Beliau menjawab: Fulan. Baginda berkata: Duduklah kamu. Kemudian seorang lelaki yang lain berdiri, lalu berkata: Aku (wahai Rasulullah) Baginda bertanya: Apakah nama kamu? Beliau menjawab: Najiyah. Baginda berkata: Kamu berhak untuk membawa unta ini.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, al-Hakim dalam Mustadrak dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4804]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs