Sesungguhnya Allah SWT menjadikan ucapan salam sebagai ucapan selamat sejahtera bagi umat Islam

TEKS BAHASA ARAB

إن الله جعل السلام تحية لأمتنا، وأمانا لأهل ذمتنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menjadikan ucapan salam sebagai ucapan selamat sejahtera bagi umat kami, dan sebagai keamanan bagi ahli dzimmah (orang-orang kafir yang melakukan perjanjian dengan orang Islam) kami.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 203, hadis nombor 1059. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن زياد الألهاني عن أبي أمامة – رضي الله عنه – أنه كان يسلم على كل من لقيه. قال: فما علمت أحدا يسبقه بالسلام إلا يهوديا مرة اختبأ له خلف أسطوانة فخرج فسلم عليه، فقال له أبو أمامة: ويحك يا يهودي! ما حملك على ما صنعت؟ قال: رأيتك رجلا تكثر السلام فعلمت أنه فضل فأحببت أن آخذ به، فقال أبو أمامة: ويحك! سمعت رسول الله – صلي عليه وسلم – يقول: ((إن الله جعل السلام تحية لأمتنا، وأمانا لأهل ذمتنا)). [طب، طس، هب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3064)]

(Lemah)
Daripada Muhammad bin Ziyad al-Alhani, daripada Abu Umamah RA bahawa beliau memberi salam kepada semua orang yang dia temui. Beliau berkata: Aku tidak pernah mengetahui ada seorang pun yang mendahuluinya dalam mengucapkan salam kecuali terdapat seorang lelaki Yahudi yang suatu hari dia bersembunyi di sebalik tembok, lalu dia keluar dan kemudiannya memberi salam kepada beliau (Abu Umamah). Maka Abu Umamah pun berkata kepadanya: "Celaka kamu wahai Yahudi, apakah yang menyebabkan kamu melakukan perkara tersebut (memberi salam)?" Lelaki Yahudi itu berkata: "Aku melihat kamu sebagai seorang lelaki yang banyak mengucapkan salam, maka aku mengetahui yang ia merupakan suatu perbuatan yang baik lalu aku suka untuk mengambilnya". Lalu Abu Umamah berkata: "Celaka kamu, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menjadikan ucapan salam sebagai ucapan selamat sejahtera bagi umat kami, dan sebagai keamanan bagi ahli dzimmah (orang-orang kafir yang melakukan perjanjian dengan orang Islam) kami."
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3064]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs