TEKS BAHASA ARAB
بادروا بالأعمال سبعا: هل تنتظرون إلا فقرا منسيا، أو غنى مطغيا، أو مرضا مفسدا، أو هرما مفيدا، أو موتا مجهزا، أو الدجال، فشر غائب ينتظر، أو الساعة فالساعة أدهى وأمر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bersegeralah melakukan amalan-amalan (sebelum tiba) tujuh perkara. Apakah yang kamu nanti-nantikan tidak lain adalah kefakiran yang melupakan, kekayaan yang membuat orang melampaui batas, penyakit yang merusakkan, masa tua yang melemahkan akal, kematian yang tiba-tiba, atau Dajjal yang ianya seburuk-buruk perkara ghaib yang ditunggu-tunggu, atau Kiamat? Kiamat itu sangat dahsyat petakanya dan sangat pahit.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 22, hadis nombor 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ضعيف من طريق محرز بن هارون، عن الأعرج، عن أبي هريرة مرفوعا فذكره.
قلت: ومحرز بن هارون قال فيه البخاري والنسائي: منكر الحديث. وهذا في اصطلاح البخاري يعني: لا تحل الرواية عنه. وقال ابن حبان: يروي عن الأعرج ما ليس من حديثه، لا تحل الرواية ولا الاحتجاج به.
Dha’if melalui sanad Mihriz bin Harun daripada al-A’raj daripada Abi Hurairah secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut.
Saya berkata: Mihriz bin Harun, al-Bukhari dan al-Nasa’ie berkata berkenaan beliau: “Munkar al-Hadith”. Ini menurut istilah al-Bukhari bermaksud tidak halal meriwayatkan daripada beliau. Ibn Hibban pula berkata: “Beliau (Mihriz) meriwayatkan daripada al-A’raj riwayat yang bukan berasal daripada hadith beliau (al-A’raj), tidak halal meriwayatkan daripada beliau (Mihriz) dan tidak boleh berhujjah dengan beliau.
RUJUKAN
Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.