Bersedekah sebelum tiba kematian

TEKS BAHASA ARAB

تصدق وأنت صحيح شحيح، تأمل العيش وتخاف الفقر، ولا تمهل حتى إذا بلغت نفسك ههنا؛ قلت: مالي لفلان، ومالي لفلان، وهو لهم وإن كرهت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersedekahlah dalam keadaan sihat dan kedekut, dalam keadaan kamu mengharapkan kehidupan dan takut kepada kefakiran, janganlah kamu berlengah (melakukan sedekah) sehingga nyamu sampai disini (di kerongkongan). (Ketika itu) engkau berkata: Hartaku adalah untuk fulan, hartaku adalah untuk fulan. Sedangkan ia (harta itu) akan sampai kepada mereka jua walau engkau tidak menyukainya.

STATUS

Munkar dengan penambahan lafaz: “Demi ayahmu”

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 889, hadis nombor 4558. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة لفظة: وأبيك) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: يا رسول الله! نبئني من أحق الناس مني بحسن الصحبة؟ فقال: ((نعم -وأبيك!- لتنبأن أمك)). قال: ثم من؟ قال: ((ثم أمك)). قال: ثم من؟ قال: ((ثم أمك)). قال: ثم من؟ قال: ((ثم أبوك)). قال: نبئني يا رسول الله! عن مالي كيف أتصدق فيه؟ قال: ((نعم -والله!- لتنبأن: تصدق وأنت صحيح شحيح، تأمل العيش وتخاف الفقر، ولا تمهل حتى إذا بلغت نفسك ههنا؛ قلت: مالي لفلان، ومالي لفلان، وهو لهم وإن كرهت)).[م، هـ، ع، ((الضعيفة)) (4992)].

(Munkar dengan penambahan lafaz: “Demi ayahmu”)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Seorang lelaki datang berjumpa Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah! Beritahukan kepada aku orang yang paling berhak aku dampingi? Nabi SAW bersabda: “Ya Demi ayahmu! Akan diceritakan. Iaitu ibumu.” Dia berkata: kemudian siapa? Baginda berkata: “Kemudian ibumu.” Dia berkata: Kemudian siapa? Baginda bersabda: “Kemudian ibumu.” Dia berkata: Kemudian siapa? Baginda bersabda: “Kemudian ayahmu.” Dia berkata: Beritahukan kepada aku wahai Rasulullah! Tentang hartaku bagaimana aku harus bersedekah dengannya? Baginda bersabda: “Ya demi Allah! Pasti akan diberitakan: “Bersedekahlah dalam keadaan sihat dan kedekut, dalam keadaan kamu mengharapkan kehidupan dan takut kepada kefakiran, janganlah kamu berlengah (melakukan sedekah) sehingga nyamu sampai disini (di kerongkongan). (Ketika itu) engkau berkata: Hartaku adalah untuk fulan, hartaku adalah untuk fulan. Sedangkan ia (harta itu) akan sampai kepada mereka jua walau engkau tidak menyukainya.”
[Riwayat Sahih Muslim, Sunan Ibn Majah dan Musnad Abi Ya’la. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4992].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.