Wahai orang yang meminta? Adakah seseorang telah memberi sesuatu kepadamu?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نزلت هذه الآية على رسول الله صلى الله عليه وسلم: {إنما وليكم الله ورسوله والذين آمنوا الذين يقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة وهم راكعون} ، فخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم ودخل المسجد؛ والناس يصلون بين راكع وقائم يصلي؛ فإذا سائل، قال: ((يا سائل! أعطاك أحد شيئا؟)) فقال: لا؛ إلا هذا الراكع – لعلي – أعطاني خاتما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ayat ini turun kepada Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).” Lalu Rasulullah SAW keluar dan memasuki masjid. Manusia juga solat dalam keadaan rukuk dan berdiri, lalu seseorang meminta (sesuatu kepadanya). Baginda berkata: ((Wahai orang yang meminta? Adakah seseorang telah memberi sesuatu kepadamu?)) Dia berkata: Tidak kecuali orang yang sedang rukuk ini – (merujuk) kepada Ali – dia memberikan cincin.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 888, hadis nombor 4557. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي -رضي الله عنه- قال: نزلت هذه الآية على رسول الله صلى الله عليه وسلم: {إنما وليكم الله ورسوله والذين آمنوا الذين يقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة وهم راكعون} ، فخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم ودخل المسجد؛ والناس يصلون بين راكع وقائم يصلي؛ فإذا سائل، قال: ((يا سائل! أعطاك أحد شيئا؟)) فقال: لا؛ إلا هذا الراكع – لعلي – أعطاني خاتما. [الحاكم في ((علوم الحديث))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4921)].


(Munkar)
Daripada Ali RA berkata: Ayat ini turun kepada Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).” Lalu Rasulullah SAW keluar dan memasuki masjid. Manusia juga solat dalam keadaan rukuk dan berdiri, lalu seseorang meminta (sesuatu kepadanya). Baginda berkata: ((Wahai orang yang meminta? Adakah seseorang telah memberi sesuatu kepadamu?)) Dia berkata: Tidak kecuali orang yang sedang rukuk ini – (merujuk) kepada Ali – dia memberikan cincin.”
[Riwayat al-Hakim dalam Ulum al-Hadis dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4921].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.