Hadiah Allah kepada orang mukmin: Orang yang meminta-minta di muka pintunya

TEKS BAHASA ARAB

هدية الله إلى المؤمن: السائل على بابه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadiah Allah kepada orang mukmin: (Adanya) orang yang (datang) meminta-minta di muka pintunya (yakni terbukanya peluang bersedekah).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 889, hadis nombor 4559. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((هدية الله إلى المؤمن: السائل على بابه)). [فر، ((الضعيفة)) (4740)].

(Palsu)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Hadiah Allah kepada orang mukmin: (Adanya) orang yang (datang) meminta-minta di muka pintunya (yakni terbukanya peluang bersedekah).”
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4740].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.