Berbekamlah dengan nama Allah ketika perut kosong, kerana ia akan menambahkan kekuatan hafazan

TEKS BAHASA ARAB

احتجموا باسمِ اللهِ على الرِّيقِ فإنهُ يزيدُ الحافظَ حفظًا ولا تحتجموا يومَ السبتِ فإنهُ يُدخلُ الداءَ ويُخرجُ الشفاءَ واحتجموا يومَ الأحدِ فإنهُ يُخرجُ الداءَ ويُدخلُ الشفاءَ ولا تحتجموا يومَ الاثنينِ فإنهُ يومَ فُجِعْتُمْ فيهِ بنبيِّكم صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ واحتجموا يومَ الثلاثاءِ فإنهُ يومُ دمٍ وفيهِ قَتَلَ ابنُ آدمَ أخاهُ ولا تحتجموا يومَ الأربعاءِ فإنهُ يومُ نَحْسٍ وفيهِ سالَ عيونُ الصبرِ وفيهِ أُنزلتْ سورةُ الحديدِ واحتجموا يومَ الخميسِ فإنهُ يومٌ أنيسٌ وفيهِ رُفِعَ إدريسُ وفيهِ لُعِنَ إبليسُ وفيهِ ردَّ اللهُ على يعقوبَ بصرَهُ وردَّ عليهِ يوسفَ ولا تحتجموا يومَ الجمعةِ ، فإنَّ فيها ساعةً لو وافتْ أمةَ محمدٍ لماتوا جميعًا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berbekamlah dengan nama Allah ketika perut kosong, kerana ia akan menambahkan kekuatan hafazan. Jangan pula berbekam pada hari Sabtu, kerana ia akan memasukkan penyakit dan mengumuhkan penawar. Berbekamlah pada hari Ahad, kerana ia akan mengumuhkan penyakit dan memasukkan penawar. Jangan berbekam pada hari Isnin, kerana ia adalah kamu bersedih dengan kematian Nabi kamu. Berbekamlah pada hari Selasa, kerana ia adalah hari darah, pada hari itulah anak Adam membunuh adiknya. Janganlah berbekam pada hari Rabu, kerana ia adalah hari malang, pada hari itu air mata kesabaran mengalir, pada hari itu surah al-Hadid diturunkan. Berbekamlah pada hari Khamis, kerana ia adalah hari yang mesra, pada hari itu Idris ni diangkat ke langit, pada hari itu Iblis dilaknat, pada hari itu Allah mengembalikan penglihatan dan Yusuf kepada Ya‘qub. Janganlah berbekam pada hari Jumaat, kerana pada hari itu terdapat satu detik yang jika umat Muhammad menepatinya, semuanya akan mati.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1100, hadis nombor 5576. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن نافع مولى ابن عمر رضي الله عنهما أن عبد الله بن عمر أرسل رسولًا فقال: ادع لي حَجَّامًا ولا تدعه شيخًا ولا صبيًّا وقال: احتجموا باسمِ اللهِ على الرِّيقِ فإنهُ يزيدُ الحافظَ حفظًا ولا تحتجموا يومَ السبتِ فإنهُ يُدخلُ الداءَ ويُخرجُ الشفاءَ واحتجموا يومَ الأحدِ فإنهُ يُخرجُ الداءَ ويُدخلُ الشفاءَ ولا تحتجموا يومَ الاثنينِ فإنهُ يومَ فُجِعْتُمْ فيهِ بنبيِّكم صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ واحتجموا يومَ الثلاثاءِ فإنهُ يومُ دمٍ وفيهِ قَتَلَ ابنُ آدمَ أخاهُ ولا تحتجموا يومَ الأربعاءِ فإنهُ يومُ نَحْسٍ وفيهِ سالَ عيونُ الصبرِ وفيهِ أُنزلتْ سورةُ الحديدِ واحتجموا يومَ الخميسِ فإنهُ يومٌ أنيسٌ وفيهِ رُفِعَ إدريسُ وفيهِ لُعِنَ إبليسُ وفيهِ ردَّ اللهُ على يعقوبَ بصرَهُ وردَّ عليهِ يوسفَ ولا تحتجموا يومَ الجمعةِ ، فإنَّ فيها ساعةً لو وافتْ أمةَ محمدٍ لماتوا جميعا. [أبو نعيم في الطب النبوي، ابن أبي حاتم في العلل، الضعيفة (6780)].

(Batil) Daripada Nafi‘ mawla Ibn ‘Umar RA, bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengutuskan seseorang dengan berpesan: Panggilkan seorang tukang bekam untukku tetapi jangan panggil orang tua atau budak-budak. Kemudian beliau berpesan lagi: Berbekamlah dengan nama Allah ketika perut kosong, kerana ia akan menambahkan kekuatan hafazan. Jangan pula berbekam pada hari Sabtu, kerana ia akan memasukkan penyakit dan mengumuhkan penawar. Berbekamlah pada hari Ahad, kerana ia akan mengumuhkan penyakit dan memasukkan penawar. Jangan berbekam pada hari Isnin, kerana ia adalah kamu bersedih dengan kematian Nabi kamu. Berbekamlah pada hari Selasa, kerana ia adalah hari darah, pada hari itulah anak Adam membunuh adiknya. Janganlah berbekam pada hari Rabu, kerana ia adalah hari malang, pada hari itu air mata kesabaran mengalir, pada hari itu surah al-Hadid diturunkan. Berbekamlah pada hari Khamis, kerana ia adalah hari yang mesra, pada hari itu Idris ni diangkat ke langit, pada hari itu Iblis dilaknat, pada hari itu Allah mengembalikan penglihatan dan Yusuf kepada Ya‘qub. Janganlah berbekam pada hari Jumaat, kerana pada hari itu terdapat satu detik yang jika umat Muhammad menepatinya, semuanya akan mati. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam al-Tibb, Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-‘ilal. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6780].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.