Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ادْعُوا لِي أَخِي ، فَدُعِيَ لَهُ عُمَرُ ، فَأَعْرَضَ عَنْهُ ، ثُمَّ قَالَ : ادْعُوا لِي أَخِي ، فَدُعِيَ لَهُ أَبُو بَكْرٍ ، فَأَعْرَضَ عَنْهُ ، ثُمَّ قَالَ : ادْعُوا لِي أَخِي فَدُعِيَ لَهُ عُثْمَانُ فَأَعْرَضَ عَنْهُ ثُمَّ دُعِيَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ ، فَسَتَرَهُ بِثَوْبِهِ ، وَأَكَبَّ عَلَيْهِ ، فَلَمَّا خَرَجَ مِنْ عِنْدِه ، قِيلَ لَهُ : مَا قَالَ : قَالَ : عَلَّمَنِي أَلْفَ بَابٍ كُلُّ بَابٍ يَفْتَحُ أَلْفَ بَابٍ.
Teks Bahasa Melayu
Panggilkan saudaraku. ‘Umar dipanggil, namun Baginda berpaling, dan Baginda berkata lagi: Panggilkan saudaraku. Abu Bakar pula dipanggil, namun Baginda masih berpaling, dan berkata: Panggilkan saudaraku. ‘Uthman pula dipanggil, namun Baginda tetap berpaling. Kemudian ‘Ali bin Abu Talib pula dipanggil, lalu Baginda menutupnya dengan pakaian Baginda dan Ali membongkok kepada Baginda. Apabila beliau keluar dari sisi Rasulullah, ada orang bertanya: Apakah yang Baginda ucapkan? ‘Ali memberitahu: Baginda mengajarkanku seribu perkara. Setiap satu perkara membongkar seribu perkara yang lain.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1100, hadis no. 5577. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda semasa Baginda sedang sakit: Panggilkan saudaraku. ‘Umar dipanggil, namun Baginda berpaling, dan Baginda berkata lagi: Panggilkan saudaraku. Abu Bakar pula dipanggil, namun Baginda masih berpaling, dan berkata: Panggilkan saudaraku. ‘Uthman pula dipanggil, namun Baginda tetap berpaling. Kemudian ‘Ali bin Abu Talib pula dipanggil, lalu Baginda menutupnya dengan pakaian Baginda dan Ali membongkok kepada Baginda. Apabila beliau keluar dari sisi Rasulullah, ada orang bertanya: Apakah yang Baginda ucapkan? ‘Ali memberitahu: Baginda mengajarkanku seribu perkara. Setiap satu perkara membongkar seribu perkara yang lain. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’, Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6627]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman